Buat peminat siri animasi Dragon Ball Super, korang boleh menyaksikan filem terbaru siri tersebut di pawagam minggu ini!
Filem Dragon Ball Super: Superhero ini menampilkan Tetsuro Kodama sebagai pengarah. Ianya menampilkan genre aksi yang cukup mendebarkan.
Filem ini mengisahkan tentang kebangkitan kumpulan jenayah Reben Merah yang dahulu pernah dihancurkan oleh Goku. Kali ini, muncul pula dua Android dari kumpulan tersebut untuk menghuru-harakan dunia, iaitu Gamma 1 dan Gamma 2.
Kedua android ini menggelarkan diri mereka sebagai 'super hero'. Mereka juga bertarung dengan Gohan dan Piccolo. Piccolo kalah dan dibawa oleh mereka ke kem Reben Merah. Tanpa disangka, kumpulan tersebut telah merancang sesuatu.
Tarikh rasmi filem ini di pawagam pada 1 September 2022. Namun beberapa pawagam GSC serta TGV sudah menayangkan filem ini pada 30-31 Ogos 2022.
Post a Comment