Acara tersebut menampilkan 26 kategori serta akan diadakan pada 11 September 2022 jam 9 malam di saluran Astro Ria. Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah dipilih sebagai lokasi anugerah tersebut.
Perancangan mengembalikan anugerah ini telah dibuat sejak tahun lalu. Rosmin Hashim selaku pengerusi Jawatankuasa Penganjur AIM23 menjelaskan bahawa pelbagai perkara telah dibincangkan demi memastikan acara kali ini lebih gemilang.
Untuk edisi 23, pencalonan lagu serta album haruslah diriliskan di Malaysia pada 1 Januari 2021 sehingga 30 Jun 2022. Ianya dibuka bermula 27 Julai sehingga 5 Ogos 2022 (selewat-lewat jam 5 petang).
Kalau dilihat kembali, memang agak menyedihkan buat lagu-lagu pada tahun tiada AIM diadakan. Apapun nak buat macam mana kan dah bukan rezeki.
Kali terakhir AIM dianjurkan pada tahun 2016. Menampilkan Harith Iskander dan Arwah Adibah Noor sebagai hos utama. Album Unplugged Dato Siti Nurhaliza dipilih sebagai album terbaik manakala Lagu Faizal Tahir bertajuk Sejati untuk kategori lagu terbaik.
Sumber: hmetro.com.my
Post a Comment