Metallica Bantu Kewangan Pelajar Kolej

Metallica

Metallica bukan sahaja padu dalam bidang muzik, malahan mereka juga sering membantu mereka yang memerlukan. All Within My Hands adalah badan NGO Metallica yang kerap menyumbang sumbangan. 


Antara sumbangan tersebut ialah biasiswa untuk pelajar komuniti kolej di Amerika Syarikat.



Terkini, biasiswa tersebut diteruskan untuk tahun keempat dengan penambahan beberapa kolej lagi.


Program biasiswa yang kini memasuki usia empat tahun menjemput 10 lagi kolej dalam usaha meringankan kewangan para pelajar.


Samantha Spark antara yang bertuah menerima bantuan tersebut. "Korang (Metallica) dah banyak kali selamatkan pelajar," kata Samantha Sparks dari kolej Columbia Gorge Community Collge. Tambahnya lagi sudah beberapa kali memohon biasiswa di pelbagai tempat lain namun gagal.


Samathan menambah bahawa dirinya bukan siapa-siapa pun. Dia terpaksa mengambil pinjaman serta hidup dalam bebanan hutan demi mengejar mimpi. Bantuan daripada Metallica sememang telah menyelamatnya dan membantu untuk lebih fokus dalam pelajaran.


Usaha ini sedikit sebanyak membantu para pelajar komuniti kolej yang terbeban dengan masalah kewangan. Metallica dengan kerjasama persatuan kolej komuniti telah memulakan bantuan mereka sejak tahun 2019 lagi.


Dengan 32 buah kolej menerima faedah ini, mereka kebanyakkan terlibat dalam bidang-bidang seperti automotif, elektrik, kesihatan dan sebagainya. Sebanyak 10 kolej akan menerima geran sebanyak $100,000.


Bagus betul Metallica ni, kalau penulis tahu awal pasal ni dah lama penulis minta.


Sumber: allwithinmyhands







Post a Comment

Previous Post Next Post