Paramore era album pertama |
All We Know Is Falling adalah rilisan perdana kumpulan Paramore. Ini adalah langkah pertama mereka sebelum mencapai beberapa kejayaan selepas itu.
Mempertaruhkan beberapa single seperti Pressure, Emergency dan All We Know. Album ini rilis pada 26 Julai 2005 serta telah berusia 17 tahun!
kredit: Paramore IG |
Lebih menarik, beliau masih berusia 14 tahun. Kiranya masih lagi remaja ria-riang sambil main Beyblade.
Jeff Hanson (2010, Hit Quarters) selaku pengurus artis telah mendedahkan bahawa pihak label cuba test nak angkat Hayley sebagai artis Pop Top 40. Hayley bagaimanapun berkeras tak mahu menjadi artis Pop (mengada betul Hayley ni). Beliau takkan boleh menyanyi tanpa band! Dia cuma mahu muzik alternative rock!
Aku tak mahu menjadi The Next Madonna!
Kemudian, Hayley membentuk Paramore yang diserta oleh Josh Farro, Zach Farro dan Jeremy Davis. Hayley and the gang mengejar cita-cita mereka dengan menjelajah ke Orlando, Florida untuk mencipta album.
Namun jodoh Jeremy Davis sebagai pemain bass tidak lama. Ianya bertindak keluar dari kumpulan ketika masih dalam proses rakaman. Namun lagu Here We Go Again adalah 'hadiah terakhir' beliau bersama Paramore. Sebab itulah kalau korang perasan di cover album, hanya da sofa sahaja namun kalau tengok betul betul ada satu bayang hitam.
"Selepas dua hari dia (Jeremy) blah, kitaorang buat lagu All We know. Di cover album, takde sorang pun dekat sofa dan ada bayang yang berjalan pergi. Ianya tentang Jeremy yang dah blah tinggalkan kitaorang. hakikatkan kitaorang rasa sangat kekosongan itu"Hayley (The Trades, 2005).
Mereka meneruskan proses rakaman dengan Lucio Rubino sebagai pemain bass tambahan serta Jason Bynum sebagai pemain gitar rhythm dan backup vokal.
Walaupun All We Know Is Falling adalah sebuah album debut yang mantap, namun ianya mendapat sambutan yang agak hambar di beberapa carta tempatan. Hanya di Britain, mereka berjaya mencapai kejayaan dengan menduduki nombor 4 carta Rock UK.
Namun pada 2014, rilisan ini mencapai jualan emas selepas beberapa album mereka terlebih dahulu mencapai kejayaan. Kini ianya antara album Paramore yang dicari-cari peminat untuk ditambah dalam koleksi. Selamat ulang tahun ke 17.
*Jeremy Davis yang bertindak blah dari kumpulan akibat masalah peribadi. Sepanjang masa beliau tidak bersama kumpulan, ia membuat beberapa pekerjaan seperti menghantar pizza dan menjual pisau. Tak lama kemudia beliau kembali bersama Paramore untuk rakaman album Riot.
*Album ini juga satu-satunya menampilkan Jason Bynum. Beliau turut blah dari kumpulan dan mengaku keputusan tersebut adalah antara yang paling sukar ia buat sepanjang hidup. Sampai macam tu sekali.
*Rilisan album versi Jepun terdapat bonus track, Oh Star.
*Hayley berkongsikan gambar 'legend' beliau di Instagram untuk meraikan ulang tahun album ini. Masih menggunakan handphone pincit-pincit serta gambarnya sangat HD.
Sumber: Hayley Williams IG |
Post a Comment