Kredit: VALERIE MACON/AFP via Getty Images |
Vokalis Pearl Jam, Eddie Vedder telah menghalau seorang peminat selepas beliau melihat gelagat wanita tersebut yang menimbulkan keganasan serta menggangu penonton lain.
Ianya berlaku ketika kumpulan tersebut beraksi di Zurich, Switzerland pada 23 Jun lalu.
Eddie yang ketika itu menyampai lagu Animal telah menghentikan persembahan secara tiba-tiba. Beliau sudah memerhatikan gelagat seorang wanita yang memukul belakang kepala penonton lain. Perempuan itu melakukan keganasan tersebut kerana terganggu dengan penonton tersebut yang asyik merakam persembahan Pearl Jam.
Eddie segera meminta bandmatenya untuk berhenti perfom. "Tutup lampu jap! hei...hei...Kawe nampok gapo mu buat tu! Kawe pahem benar mu annoying dengen budok tu hok asyik rakem video jah. Dio rakam maso tadi? Koh dio rakem maso kawe awal-awal start perfom lagi?" katanya.
"Kawe pahem benar demo terganggu dengen budok tu, tapi mu jangenlah katok belakeng palo dio! Kawe kagum demo ore tino tapi kuat buleh katok dio, tapi bohlah pukul budok tu. Mu gi keluar sekarang, kawe minto maaf, kawe toksey hok ganah-gahah dalam konsert kawe! Kawe minto maaf banyok-banyok deh, sini set-set kito jangan pecoh!
Sebenarnya ni bukan kali pertama Eddie menghalau peminatnya sendiri. Beberapa tahun lalu, beliau pernah menghalau beberapa penonton yang disyaki bergaduh sesama sendiri.
Penyanyi utama Pearl Jam itu mula berhati-hati dalam membuat persembahan selepas apa yang berlaku pada konsert Roskilde 2000 (Denmark). Seramai sembilan orang penonton kehilangan nyawa akibat kekacauan di festival tersebut.
Kumpulan tersebut hampir berpecah akibat tragedi malang tersebut.
sumber: Loudwire
Post a Comment