Taipei-Houston (sumber IG dorang) |
Like father like son! Anak-anak Lars Ulrich (Metallica) telah membuktikan mereka juga mempunyai semangat Rock yang sama seperti bapa dorang.
Myles Ulrich dan Layne Ulrich membentuk satu pakatan band yang bernama Taipel-Houston. Mereka baru sahaja meriliskan single perdana, As The Sun Sets di beberapa platform streaming.
As The Sun Sets jelas kuat pengaruh beberapa band hebat alternative seperti Nirvana, Soundgarden, foo Fighters dan sewaktu dengannya. Muzik video single ini mendapat sentuhan daripada Victor Grossling
Berita tentang rilisan single Taipei-Houston ini turut dikongsikan oleh Lars Ulrich melalui Instagram.
Myles Ulrich berusia 23 tahun serta menggalas tanggunjawab sebagai pemain dram dan gitar. Manakala Layne Ulrich berumur 21 tahun menjadi vokalis dan pemain bass.
Single perdana ini 100% dicipta sendiri oleh dorang. Mesti bangga bapa dorang dapat anak macam gini!
Taipei-Houston kini aktif melakukan jelajah di Amerika Syarikat sepanjang bulan Julai sehingga Oktober. Dengarkan As The Sun Sets!
Post a Comment