Max (netflix) |
Sedar atau tidak, lagu Running Up That Hill daripada Kate Bush secara tiba-tiba menjadi popular berkat rilisnya drama hebat Stranger Things musim keempat. Lagu tersebut antara runut bunyi bagi drama popular Netflix itu yang dipakai khas buat watak Max (lakonan Sadie Sink).
Mengupas tentang perkara tersebut, penyanyi asal lagu tersebut mengakui alasan beliau membenarkan lagu dipakai kerana dirinya adalah peminat setia Stranger Things. Lebih mengejutkan selepas penayangan drama tersebut baru-baru ini, jumlah streaming single tersebut naik sebanyak 153% (sumber NME).
Running Up That Hill dipetik dari album Hounds of Love (1985). Single tersebut kini memasuki carta spotify Weekly Top Global di kedudukan keempat. Sesuatu rekod luar biasa untuk lagi klasik.
Sementara itu, penyelia muzik Stranger Things, Nora Felder pula memberitahu kepada Variety tentang pihaknya cuba mendapatkan kebenaran menggunakan lagu tersebut daripada Kate Bush.
"Setiap lagu ada makna dalam perceritaan/skrip, dan ada yang ditandakan khas buat sesuatu watak, lagu khas Max", ulasnya. "Oleh itu aku cuba memahami yang cuba disampaikan oleh Duffer bersaudara (pencipta Stranger Things) terhadap perasaan yang dialami oleh Max,"
Nora Felder mengatakan bahawa lagu Running Up That Hill mempunyai tarikannya tersendiri. Bahagian korus yang sangat memukau mempunyai kaitan dengan apa yang dihadapi oleh Max dari segi emosi.
Proses meminta kebenaran mula dijalankan dan Kate Bush membenarkan lagunya dipakai dalam Stranger Things. Kate Bush bukan sahaja membenarkan kerana beliau peminat drama tersebut, bahkan tertarik dengan penggunaan lagu tersebut yang dikhaskan buat Max.
Stranger Things musim keempat boleh disaksikan di Netflix sekarang!
Post a Comment