Pilu! James Hetfield Metallica Luah Rasa Sangsi Pada Diri Sendiri

Image credit: Ethan Miller/Getty Images

Sangat memilukan! James Hetfield telah meluahkan rasa sangsi terhadap dirinya sendiri. Kejadian ini terjadi ketika konsert Metallica yang berlangsung di Brzail tempoh hari.


Selepas menyampai persembahan lagu One, Hetfield berhenti seketika untuk menyuarakan pendapatnya:


"Aku nak cakap sesuatu...kalau aku dah rasa tak sedap badan sebelum perfom sini. Aku rasa macam sangsi pada diri sendiri, aku rasa aku dah tua...aku dah tak boleh bermain lagi. Ini adalah luahan dari dalam diri aku," luah beliau yang sedikit mengejutkan para penonton.


Kemudian, Lars Ulrich, Kirk Hammett dan Robert Trujillo segera memeluk Hetfield. Vokalis tersebut lantas menyatakan dirinya tidak bersendirian. Ini adalah moment yang sangat menyentuh perasaan buat para peminat.


Sejak tahun 2017, Metallica telah mengurangkan jumlah konsert mereka kerana kesihatan vokalis mereka. Dua tahun kemudian, Hetfield mendapatkan rawatan pemulihan akibat masalah ketagihannya pada alkohol. 


Semoga Hetfield kekal stabil serta menjaga kesihatannya.


Post a Comment

Previous Post Next Post