Oli Sykes Luah Simpati Terhadap Pemuzik Sekarang


Chiaki Nozu, Getty Images

Sejak akhir-akhir ini, banyak otai otai dah mula bersuara tentang muzik zaman sekarang. Antaranya seperti Izzy Osbourne dan Mike Shinoda. Sekarang giliran vokalis utama band Bring Me the Horizon (BMtH), Oli Sykes meluahkan pendapatnya.


Memetik daripada Kerrang!, Oli menyatakan rasa simpati terhadap pemuzik serta artis generasi sekarang. "Aku sedih sebenarnya tengok dorang (artis dan pemuzik sekarang). Label dorang ni kebanyakkan suruh dorang buat citer pendek dekat TikTok atau buat sesuatu di laman media sosial," ulasnya.


"Aku tak boleh nak hadam macam mana tanggungjawab yang perlu dipikul oleh pemuzik generasi. Bukan saja kena main muzik, kena pula jadi pelakon. Aku rasakan ini sesuatu yang gila!" ucap beliau lagi.


Beliau juga menambah lagi bahawa jika BMtH boleh jadi lebih popular jika mengikuti formula itu.


"kalau kitaorang (BMtH) boleh jadi popular kalau sekarang formula itu, namun kitaorang cuma mahu lebih lebih fokus dengan benda lain," katanya.


Mungkin dengan trend TikTok dan media sosial yang lain memang memaksa pemuzik ini lebih aktif disana. Selain mempromosikan kegiatan mereka, ianya juga mampu mendekatkan diri dengan peminat. Tepuk dada tanyalah selera (cewah).




Post a Comment

Previous Post Next Post