MCR 2022 |
Sekembalinya My Chemical Romance dengan lagu baru membuatkan para peminat teruja. Namun sesuatu yang sangat menghibakan apabila vokalis band tersebut, Gerard Way mengibarkan bendera ketika persembahan di Milton Keynes.
Bendera tersebut mempunyai beberapa nama peminat band tersebut yang sudah meninggal dunia sebelum konsert reunion mereka.
Saat yang sangat memilukan ini berlaku pada khamis (19 Mei 2022), di saat Gerard menghentikan seketika persembahan, "Ok ini sangat gila beb! Ini adalah show kitaorang yang ketiga selepas dua show...dan aku rasanya ini ada show yang paling padu," ulas penyanyi band tersebut.
Gerard with the flag #mcrmk pic.twitter.com/tz0lN8QXHx
— swarm 🪰 (@24kviolents) May 19, 2022
"Dan aku pun teringat balik selepas show kedua...ada beberapa peminat yang sepatutnya ada dalam konsert ini namun tidak dapat bersama menyaksikan persembahan kitaorang. Beberapa hari lepas, ada member aku yang bagitau ada peminat yang membuat senarai mereka yang sepatutnya melihat kami perfom namun sudah meninggal," kata Gerard yang kemudiannya mengangkat bendera yang tertulis 'Your memory will carry on'.
Bendera tersebut terhasil apabila seorang berminat bernama Emmy meluahkan perasaannya di Twitter: "Dua tahun lalu My Chemical Romance umum mereka akan membuat persembahan, aku tak berfikir tentang peminat yang meninggal dunia serta tak sempat menyaksikan band tersebut kembali semula". Aku mula meminta orang orang di Instagram dan Twitter untuk memberikan nama peminat yang sudah meninggal dan aku akan hasilkan bendera yang mempunyai nama tersebut.
Tambah Emmy lagi, dia menerima 250 mesej dan akan membawakan bendera tersebut di show My Chemical Romance di Milton Keynes.
Dengan bantuan beberapa pengguna laman sosial yang mentag ahli band tersebut, Emmy berjaya memberikan bendera tersebut kepada kumpulan tersebut.
Semoga My Chemical terus menghiburkan para peminat mereka serta datang membuat jelajah di Malaysia (Tiber).
sumber: loudwire
Post a Comment