Netflix 2022 |
Stranger Things musim keempat telahpun rilis di saluran streaming Netflix. Musim terbaru ini menampilkan bukan sahaja elemen yang mengejutkan bahkan beberapa watak baru. Antara ialah Eddie Munson lakonan Joe Quinn.
Kemunculan Eddie dalam drama bersiri telah menjaya menambat hati para peminat. Dengan penampilan ala mat rock era 80an, Joe Quinn berjaya membawa watak ini dengan baik. Eddie adalah ketua bagi kelab pemainan Dungeons & Dragons (D&D) yang bernama Hellfire Club.
Pelakon tersebut cuba untuk mendalam permainan tersebut untuk menjayakan watak Eddie. Namun menemui bahawa muzik Heavy Metal 80an lebih baik dalam menjayakan watak tersebut.
"Aku aku beli buku pasal permainan D&D untuk faham pasal permaianan ni, namun tak boleh masuk plak hahaha," ulas pelakon tersebut yang dipetik dari Entertainment Weekly. "Aku banyak mendengar muzik Heavy Metal dan ianya memang kena dengan aku!...ya ampun, ianya mustahil untuk tidak menyatakan dengan kerek sekali, tapi sememang sebegitu, ianya memang ngam dengan aku," Ulasnya lagi.
"Aku bermain gitar sejak kecik lagi," ulasnya lagi. Beliau akui meminati Jack Black dalam filem komedi Rock, School of Rock. "Aku tak boleh nak cakap aku ni power sangat tapi bolehlah nak main gitar tu. Tulah bila aku dapat skrip (Stranger Things) masa, aku fikir ah bolehlah ni nak start balik apa apa pasal Heavy Metal ni," komennya lagi.
Neflix 2022 |
Tentang watak Eddie, pengarah Duffer bersaudara mahu pelakon tersebut menjadi Jareth (David Bowie) dari filem Labyrinth sebagai rujukan. Namun Joe Quinn membantah. "Hakikatnya, aku bukan David Bowie, jadi tak rasa aku mampu melakukannya," katanya. "Aku mahu sesuatu yang normal bagi aku, macam mullet. kami berbincang lagi...Maksud aku, ia masih lagi tidak masuk akal, namun masih lagi ok," ulasnya lagi.
Bagi penulis pula, Joe sudah berjaya menggalas tanggungjawab sebagai Eddie Munson. Penulis mahukan lebih lagi screentime watak ini di Part 2 musim keempat serta musim kelima. Apa komen korang?
Saksikan Stranger Things di Neflix sekarang!
Post a Comment