Palari Films |
Hey Jo, burung mu apa khabar?
Semua kerana masalah burung! Itulah yang aku ada rasakan selepas menonton filem dari Indonesia iaitu Seperti Dendam, Rindu Harus Dibayar Tuntas.
Filem yang baru masuk streaming Netflix ini mempamerkan satu sisi yang sangat kelam, kotor serta sensitif yang terdapat dalam masyarakat sana di era 80an. Satu karya daripada pengarah Edwin (Posesif, Aruna dan Lidahnya) yang sangat mencekam!
Palari Films |
Isu kejantan sering dimainkan sepanjang dalam filem ini. Ajo Kawir setiasa nak membuktikan dia seorang jantan untuk menutup kelemahan sendiri. Kelemahan yang akan membawa kepada permasalah buat perhubungannya dengan Iteung. Isu lemah tenaga batin menjadi masalah besar buat masyarakat dalam filem ini sehingga ada watak yang memperdagangkan minyat lintah,.
Palari Films |
Latar filem yang mengambil vibe 80an sangat terasa. Dari segi bahasa pun ala-ala filem filem Indonesia era itu. Aku suka dengan lagu-lagu dalam filem ini seperti dangdut era lama. Bahkan beberapa scene juga seakan filem filem era lama seperti babak dalam hujan juga babak pergaduhan.
Palari Films |
Filem ini adalah adaptasi daripada novel dengan tajuk yang sama hasil nukilan Eka Kurniawan. Tidak sesuai ditonton oleh mereka yang bawah umur kerana banyak juga adegan yang sangat mengejutkan. Korang boleh tonton di Netflix sekarang.
Post a Comment