twitter Slipknot |
Band Slipknot secara rasminya menjalin kerjasama dengan The Sandbox untuk terbaru mereka, Knotverse. Ianya satu langkah untuk menghimpunkan para peminat dalam satu komuniti era baru.
Projek Metaverse ini bukan sahaja menawarkan NFT, bahkan beberapa lagi seperti konsert, permainan serta pelbagai lagi tawaran istimewa khas buat para peminat mereka.
The Kotverse adalah salah satu cara mendekatkan Slipknot dengan para peminat mereka. Seiring dengan perkembangan teknologi, ini sesuatu yang mengujakan buat pengemar band tersebut.
Bagi pihak The Sandbox iaitu Sebastian Borget, Slipknot mencipta sejarah tersendiri sebagai band Metal yang menjadi sebahagian komuniti Metaverse Sandbox. Mereka berharap kerjasama ini mampu memberi kepuasan buat para peminat serta keuntungan buat mereka yang memiliki NFT Slipknot. Ianya bukan sahaja boleh dipakai di Sandbox, bahkan di lain-lain platform.
Tak dapat tengok Slipknot dekat Malaysia, tengok dekat Metaverse pun jadilah. Info lanjut korang boleh check dekat sini: knotverse.io
Post a Comment