Satu kejutan lagi daripada Babymetal. Kumpulan dari Jepun itu telah meriliskan beberapa koleksi kasut hasil kerjasama dengan label 1Block.
Namun kasut tersebut bukan sebarangan kasut, ianya koleksi NFT yang korang boleh pakai di metalverse (dunia virtual Babymetal). Terdapat 10 koleksi kasut Babymetal x Airsmoke. Koleksi tersebut mempunyai nama yang tersendiri, antaranya seperti:
Cavalry, Illusion, Coffin, Inverted Mirror Reflection, Monochrome, Smoke, Light and Darkness, Transition, Mirror dan Throne.
Ini adalah hadiah daripada mereka sempena 10 tahun usia kumpulan tersebut. Sebelum ini, Babymetal telah memaklumkan kepada peminat bahawa mereka akan berehat seketika. Sehingga beberapa hari lepas mereka mengumumkan beberapa petunjuk bahawa akan kembali dalam dunia Metaverse. Korang boleh baca di link ini: http://www.kugigran.com/2022/04/babymetal-bakal-kembali.html
Kasut tersebut boleh dibeli di OpenSean pada 7 April (jam 9 a.n EST) sampai 11 April (jam 9 P.M EST)
Sumber:AltPress
Post a Comment