Muhammad Fauzan (sumber IG) |
Satu berita yang mengejutkan dari negara seberang Indonesia. Vokalis band Indie jazz Sisitipsi iaitu Muhammad Fauzan Lubis (29) telah ditahan oleh pihak berkuasa di sana atas kes penyalahgunaan dadah.
Berdasarkan ujian air kencing, beliau disahkan positif menggunakan ganja. Pihak berkuasa mengatakan bahawa penyanyi tersebut dah lama menggunakan ganja. Fauzan akui terlibat dengan dadah jenis itu sejak tahun 2010.
Penyanyi tersebut di tahan ketika terlibat dalam satu acara di Kafe sekitar Blok M pada malam 16 Mac. Beberapa bahan bukti beberapa jenis dadah seperti ganja. Namun operasi tangkapan tersebut berlangsung secara aman apabila vokalis tersebut memberi kerjasama.
Apakah nasib band Sisitipsi ini nanti? Sama sama kita nantikan.
Sumber Kompas
Post a Comment