Tiga Syarikat Muzik Gergasi Menghentikan Operasi Di Russia


Lagi perkembangan di Russia. Beberapa label muzik antarabangsa yang berada di sana mengambil keputusan untuk tidak meneruskan operasi mereka di sana.


Tindakan ini memberi kesan terhadap beberapa perkara seperti konsert dan sebagainya.


Tindakan ini dilakukan disebabkan pencerobohan Russia terhadap Ukraine. Terdapat tiga syarikat gergasi muzik yang membuat langkah mengejutkan tersebut. Iaitu Warner Music, Universal serta Sony Music.


Universal Music yang terawal angkat kaki daripada beroperasi di negara tersebut pada 8 Mac 2022. Diikuti oleh Sony dan Warner Music pada dua hari berikutnya.


Pihak Sony Music berharap akan ada perubahan terhadap negara Ukraine serta segala keganasan segera dihentikan. Langkah berhenti operasi di Rusia adalah satu usaha kemanusiaan serta membantu mereka yang memerlukan.


Sementara itu, beberapa artis serta band juga telah mengambil keputusan untuk tidak beraksi di sana. Seperti Green Day, My Chemical Romance, AJR dan ramai lagi.


Sumber: Hai



Post a Comment

Previous Post Next Post