laotiantimes |
Bandar utama negara Laos (negara yang kalahkan team bola kita haritu) iaitu Vientiane telah mengeluarkan arahan terbaru iaitu mengharamkan muzik yang terlampau kuat sehingga mengganggu persekitaran serta keluarga.
Arahan ini ditujukan buat individu serta mana-mana penganjur konsert yang menghasilkan bunyi yang terlampau kuta hingga mencetuskan gangguan sekeliling. Bagaimanapun pihak penganjur konsert perlu pastikan level muzik terkawal serta tidak terlampau bingit.
Penganjur juga perlu memastikan segala memastikan alatan muzik serta pemuzik berhenti bermain sebelum pukul 11 malam.
Pihak berkuasa telah mendapat pelbagai aduan akibat gangguan bunyi muzik yang terlampau bingit. Bagi yang melanggar perintah ini akan didenda sebanyak LAK 3 juta. Jika dilanggar lagi kemungkinan hukuman bakal lebih berat.
Susah juga ye nak buat konsert dekat sana. Apa komen korang?
Sumber: The Star
Post a Comment