Slipknot Membawakan 'Snuff' Kembali Selepas 10 Tahun

kredit Rocklahoma


Nampaknya Corey Taylor tidak mengecewakan apabila mengotakan janjinya untuk membawakan beberapa lagu klasik daripada Slipknot sempena tour mereka tahun ini. 


Kumpulan tersebut membuka tour tersebut pada 16 March 2022 dengan menyampaikan beberapa single, termasuklah Snuff .


Lagu Snuff dipersembahkan oleh mereka selepas hampir 10 tahun. Selain Snuff, Slipknot juga membawakan 20 lagu di tour mereka yang berlangsung di fargo, North Dakota. Tidak ketinggalan kumpulan tersebut juga membawakan single terbaru, The Chapeltown.


"Wahai kawan...alamak silap pula...wahai keluargaku (ni aku traslate balik, sebenarnya lagi kasar-admin), kami akan membawakan lagu yang dah lama dah kitaorang tak main. Dengan tangan ni, aku boleh kira hanya beberapa kali kitaorang bawakan secara live!" kata Corey taylor kepada penonton sebelum memainkan Snuff!


"Dan kami bawakan hanya untuk korang. So kalau korang tahu, mari nyanyi bersama aku!"


Merujuk kepada Setlist.fm, kali terakhir slipknot memainkan lagu Snuff pada Ogos 2012 di heavy Montreal festival. Corey adal juga memainkan lagu tersebut di show solonya. 


Namun pada kali ini, bukan sahaja mereka memainkan lagu tersebut buat kali pertama malahan ianya juga persembahan tanpa pemain dram mereka, Joey Jordison yang meninggal pada Julai 2021.


"Snuff ini kemungkinan antara lagu yang bermakna kepada aku sekarang kerang ianya kaitan dengan mendiang Paul Gray," ulas Corey kepada Kerrang!


"Percayalah, kalau takde mendiang dalam lagu tersebut, mesti kitaorang tak mampu nak merakamkannya. Mendiang sangat sukakan lagu tersebut dan nampak ianya bakal pergi jauh. Jadi bila aku bawakan Snuff secara solo, ianya khas untuknya. Aku akan mainkan secara baik mungkin.


Post a Comment

Previous Post Next Post