#ReviewKugigran Filem Cinta Pertama, Kedua & Ketiga : Bila Tanggungjawab Menjadi Beban

sumber Netflix

Sekarang apabila kita berada era pandemik Covid-19, pelbagai masalah mula timbul daripada ekonomi, masa serta sebagainya. Bahkan dalam keluarga juga menimbulkan masalah jikasesuatu perkara yang terjadi tanpa diundang. Justeru, menonton filem Cinta Pertama, Kedua dan Ketiga membawa kita melihat permasalah tersebut.

Filem ini adalah arahan kedua Gina S. Noer selepas Dua Garis Biru. Sekali lagi menampilkan Angga Yunanda sebagai Raja, Putri Marino sebagai Asia, Slamet Rahardjo sebagai Dewa serta Ira wibowo sebagai Linda.

Raja dan Asia

Mengisahkan Raja dan Asia yang masing masing mempunyai tanggungjawab terhadap keluarga masing masing. Raja yang masih mencari kerja tetap namun beruasaha mencari wang untuk keluarga dengan membawa grab (lebih kuranglah). Manakala Asia seorang penari yang dalam masa yang sama mempunyai hutang yang banyak. 

Pertemuan Ibu Asia serta bapa Raja menimbul titik percintaan sehingga mereka berkhawin. Awalnya segalanya berjalan dengan lancar namun masalah mula timbul satu-satu sehingga menimbul masalah kepada mereka sekeluarga. Adakah tanggungjawab terhadap ibubapa ini sememangnya sesuatu yang harus dipikul ataupun ianya adalah beban yang akan menyusahkan nanti? 




Apabila menonton filem ini pada awalnya aku agak senang dengan garapan Gina S. Noer yang masih lagi mengetengahkan permasalah keluarga seperti dalam Dua Garis Biru. Beliau berjaya membawa kita bersama-sama mendalami masalah yang dihadapi keluarga Asia dan Raja. Secara perlahan-lahan kita mengenali tentang perihal Raja dan Asia yang masing masing menggalas tanggungjawab buat ibubapa mereka.

Lakonan pelakon-pelakon dalam filem ini sangat bagus terutama sekali Slamet Rahardjo sebaga Dewa/bapa Raja. Beliau memikul peranannya yang sedikit sebanyak mampu membuatkan kita kesian. Baik dari segi perilakunya serta percakapannya yang membuatkan kita melihat bapa kita sewaktu tua (kalau korang ada bapa yang seusia mungkin boleh memahamai). Begitu juga dengan pelakon-pelakon lain. Sebenarnya tak banyak watak pun, konflik melibat mereka berempat sebenarnya, so tak susah untuk korang hadam.




Adakah itu bermaksud ianya filem yang klise? Kenapa mesti mempersoalkan sesuatu filem yang mempunyai plot sebegini sebagai klise. Filem ini sememangnya satu karya yang bagus dari pelbagai segi. Suka dengan chemistry di antara raja dan dewa, seakan mereka sememangnya mempunyai pertalian darah.

Korang boleh layan filem ini di streaming Netflix sekarang!


Post a Comment

Previous Post Next Post