Pemain dram kumpulan Foo Fighters, Taylor Hawkins telahpun meninggal dunia pada usia 50 tahun.
Berita menyedihkan ini disampaikan sendiri oleh laman sosial band tersebut. Namun penyebab dan lokasi mendiang meninggal dunia tidak diberitahu secara lengkap.
Foo Fighters dijadualkan bermain di Bogota, Colombia untuk Festival Estereo Picnic.
Mendiang Taylor Hawkins telah lama berbakti kepada band tersebut. Beliau menyertai kumpulan tersebut pada album ketiga, There Is Nothing Left To Lose," yang muncul pada tahun 1999.
Mendiang terus mencapai kejayaan bersama Foo Fighters terhingga rilisan terbaru, Medicine At Midnight yang keluar tahun lepas. Beliau pernah menyatakan kepada The New York Times bahawa ia sangat bersyukur menyertai Foo Fighters yang merupakan antara band paling hebat dan besar di dunia.
Mendiang mula bermain dram pada usia 10 tahun. Persembahan kumpulan Queen pada tahun 1982 telah menaikkan minat beliau dalam bidang muzik.
Selepas bermain dengan band Sylvia dan menjadi pemain dram untuk penyanyi Sass Jordan, mendiang mencapai kejayaan apabila menyertai Alanis Morissette serta mengikuti jelajah artis tersebut.
Vokalis Foo Fighters, Dave Grohl mendedahkan bagaimana ia berminat untuk mengajak Hawkins menyertai kumpulannya. Mereka berbincang di belakang tirai konsert pada tahun 1999. Penyanyi kumpulan tersebut akui mendiang mempunyai sesuatu persamaan dengan dirinya hingga satu tergerak harinya untuk menarik Hawkins menyertai Foo Fighters.
Namun Grohl sangat tidak sangka Hawkins menyertai kumpulannya kerana ketika itu Alanis antara penyanyi yang sangat popular. Tapi Grohl teringat jawapan Hawkins kenapa mahu menyertai Foo Fighters, "aku geng kau, bro!"
Semoga keluarga serta ahli-ahli Foo Fighters mampu bertahan dengan berita menyedihkan ini
Typo merata-rata...
ReplyDeletePost a Comment