Kredit: Danny Clinch/Republic Records |
Peminat Pearl jam minta bawa bertenang kerana kumpulan tersebut bakal muncul dengan album terbaru. Setelah muncul buat kali terakhir dengan rilisan Gigaton (2020), mereka mempunyai masalah untuk menunjukkan kehebatan mereka dalam konsert disebabkan pandemik.
Mereka kini sedang sibuk dalam studio menyiapkan rilisan terbaru. Pemain gitar, Stone Gossard menyatakan mereka kini sedang berusaha untuk menghasilkan album terbaru. Seperti dalam temubual di Consequence, gitaris tersebut memberikan info tentang perkembangan terbaru mereka.
"So sekarang kitaorang dah merakamkan beberapa lagu baru. Rilek ye, kitaorang akan siapkan semuanya nanti," ulas gitaris tersebut. kini dua tahun selepas Gigaton, Stone Gossard serta ahli band yang lain sedang cuba untuk bereksperimen beberapa perkara dalam rilisan terbaru nanti.
Rilisan terbaru ini menampilkan Andrew Watt sebagai penerbit yang pernah membantu vokalis Pearl Jam, Eddie Vedder dalam album solo bertajuk Earthling.
"Kitaorang sangat teruja! Andrew Watt sangat membantu kerana mampu membawa situasi yang membolehkan kitaorang senang untuk menulis lagu. Aku mainkan beberapa part, Matt Cameron (pemain dram) dengan slamber memainkan partnya," kata Stone Gossard.
Rakaman terbaru ini sangat ringkas, bahkan anggota Pearl Jam tidak perlu untuk membawa alatan mereka masing-masing. Rilisan ini dijayakan di basement Andrew di Beverly Hills. Semoga album ini mampu mengikat hati peminat muzik Pearl Jam.
Sumber: Hai
Post a Comment