"Kami Cuba Untuk Memaparkan Bahawa Punk Itu Ada Di Mana Mana" - Con-Damn The Corruptor

Con-Damn The Corruptor

Kali ini bawakan interview khas bersama band Punk dari Sabah iaitu Con-Damn The Corruptor. Jangan buang masa jom layan!!!!!


Hello korang, thank kerana sudi menjawab soalan dari kugigran. siapa di sana?


Hai assalamualaikum terima kasih pada kugigran kerana sudi untuk mewawancara kami. Aku Ben selaku wakil kepada Con-damn The Corruptor (CTC) yang menjawab sesi soal jawab ini. 

Apa perkembangan terbaru korang?

perkembangan terbaru adalah kami sedang mula melakukan latihan lagu baru untuk rilisan akan datang. 

Apa yang korang cuba sampaikan dalam muzik video Story From Our Land (aramaiti vers)

kami cuba untuk memaparkan bahawa punk itu ada di mana mana. Di mana berlaku ketidakadilan dan penindasan di dalam sesuatu masyarakat. Di sana pasti ada punk. Dan kami juga ingin memberitahu pada masyarakat bahawa kami wujud di sekitar mereka yang merasakan penindasan dan kepincangan dalam pentadbiran negeri kami. Kami juga sama seperti mereka. kami adalah anak sabah dan kami tetap masih ingat pada asal usul kami. dan itu lah cerita dari negeri kami. 


Macam mana korang terfikir untuk menghasilkan muzik video secara diy dan minimalis

Sebenarnya perancangan asal kami adalah untuk merakamkan mv itu menggunakan khidmat videographer profesional. tapi bila kami fikirkan semula, lebih baik kami merakamkan nya secara DIY kerana dari segi kos adalah hampir kosong dan dari segi masa pula adalah sangat fleksibel. lalu kami semua sepakat untuk merakamkan mv tersebut secara DIY sahaja dengan menggunakan sedikit kepakaran, smartphone dan confident level yang over the top perghhh kahkahkah

Apa yang ketara sangat di antara scene di sabah serta negeri negeri lain?

Perbezaan yang ketara setakat ini yang aku pernah nampak adalah dari segi masa persembahan lah. Sebagai contoh di sabah, show selalunya start awal. Paling awal kami pernah main gig pukul 11 pagi. Sementara di semenanjung gig selalunya start sebelah malam dalam pukul 8-9 malam macam tu. Kawan-kawan dari semenanjung yang pernah main di Kota Kinabalu pun terkejut ada gig seawal pukul 11 pagi. Kalau dari segi crowd pula semua tempat yang kami pernah singgah semuanya sporting dan power! 

Adakah Marjinal adalah kumpulan fav kamu? kerana aku ada nampak sedikit pengaruh band tersebut dalam band korang?

Ya Marjinal, Sosial Sosial, Bunga Hitam adalah antara influence terbesar kami dalam pembentukan CTC dulu dan ianya sangat ketara sekali pada album debut kami pada 2014 dahulu. Tapi kami mahu mancipta kelainan dan identiti kami yang tersendiri. Lagipun genre yang kami bawakan ini adalah gabungan punk rock dan tribal sound maka sebab itulah kami gelarkan genre kami sebagai tribal punk rock. Maka pada 2019 terbitlah album ketiga daripada kami yang berjudul SONGKIAL yang rilis bawah label Glord Records. Jika kamu dengar album pertama, kedua dan ketiga tadi kamu akan perasan kelainannya kerana dalam album SONGKIAL tadi kami ada menyuntik elemen metal dan slow rock. Sebab Marjinal tetap Marjinal. CTC tidak mungkin akan jadi seperti Marjinal kerana Marjinal ada identiti mereka sendiri begitu juga CTC. 



Apa komen korang Laungan tanpa aksi? Maksudnya hanya tau berkata kata tapi tiada tindakan?

no komen kalau pasal tu tapi kalau aku sendiri, ku katakan, ku lakukan!

Lineup terkini korang?

kami sebenarnya adalah band kolektif yang mana kami berada dalam satu komuniti dan semua orang adalah line up di dalam ctc ini. kalau nak di totalkan semua line up yang ada dalam CTC ni ada lah juga dalam 15 orang semuanya. ini senarai line up kami yang aktif:

-benny pangazou: vox/gitar/bass/drum
-evonne: vox 
-jurdin: gitar/bass
-adam: gitar 
-samuel: bass
-apek: bass/percussion
-basri: bass/gitar/percussion
-sandra: bass/vox
-leon: drum
-nick: drum
-bulat: percussion




Apa yang menarik tentang tempat korang? Ada tempat-tempat menarik untuk direkemen?

kalau Di sabah ni macam biasa lah terkenal dengan pulau, pantai, hutan, gunung, Dan seafood. kalau tempat pelancongan kamu boleh melawat mari mari cultural Village (aku bekerja sebagai tourist guide Di sana), pulau sapi, pulau manukan, pulau mamutik, pulau sepanggar, pulau mantanani, kinabalu Park, poring hotspring, Desa dairy farm, banyak lagi la lepas tu kalau nak makan seafood murah2 boleh ke pasar seafood Di kk, berjalan2 ke semporna Di sana harga seafood sangat murah Dan gout mula mengukir senyuman pada anda kahkahkah. 

Krisis dalam sesebuah band underground yang gagal mengekalkan identiti mereka sehingga tiada membezakan mereka dgn band mainstream. Komen anda?

yang ini no komen sebab setiap band itu akan sentiasa mahukan perubahan dan mencuba sesuatu yang baru. sebagai contoh sepultura pada awal kemunculan mereka begitu pekat dengan genre Thrash metal tetapi perlahan-perlahan mereka berubah dan berevolusi kepada groove metal dan berjaya mencipta satu sub genre yang orang panggil tribal metal menerusi album roots. itu satu perubahan yang baik. tapi adalah sedikit janggal bila main black metal Tiba2 boleh berubah menjadi rock jiwang dan meleleh. band korang pandai-pandai lah korang tentukan hala tuju band korang. 

Ke mana hala tuju korang selepas ini?

lepas ini kami akan teruskan berkarya, record album, record single, buat split dengan band lain, main show, tour itu sahaja. 

Jika diberi peluang untuk mengubah sesuatu perkara, apa yang korang akan buat?

of course kami ingin mengubah nasib hidup kami hahaha 




Playlist korang? dari lagu/album, zine, movie, book, makanan lain lain

untuk lagu:

Sharon - paie kavuoyon
abby suhaiviey - pamahunan mai
toxic toy - blind pianist
sim - rumbling
superiot - aku yang malang 6
romi & the jahat album RUMAH 

untuk zine:

Mosh zine/drsa split zine isu 21/15

untuk movie pula:

School of Rock, Bomb City, Skater Girl, Demon Slayer - Mugen Train

makanan: 

kerang bakar cicah limau Dan cili perghhh!!, mee tuaran, hinava, coto makassar, buras, sotong masak hitam, udang rebus cicah kicap Dan cili padi erghhhh

Kata kata terakhir?

Terima kasih pada Kugigran yang sudi untuk meng-interview kami. Terima kasih pada kawan-kawan yang support CTC dari dulu sampai sekarang. Nantikan album terbaru dari kami. Untuk lebih info dan update show dari kami boleh lah lawat Facebook page Dan Instagram kami: con-damn the corruptor dan jangan lupa juga untuk follow kami Di channel YouTube kami. itu saja dari aku sekian terima kasih assalamualaikum.

Facebook: https://www.facebook.com/ConDamnTheCorruptor
https://www.instagram.com/condamnthecorruptor/





Post a Comment

Previous Post Next Post