Kali ini aku bawakan interview bersama pencipta siri motion komik terbaru, The Echoes Beneath, Tunku Yusrina membongkar di sebalik mini siri ini. Dah dah jom baca.
Salam dan thank sebab sudi nak menjawab soalan berbisa daripada kugigran. first word?
~ Salam, haiii terima kasih sudi menjemput saya untuk di-interview 😊
Cer citer sedikit tentang diri awak? Siapakah awak yang sebenarnya?
Nama saya Tunku Yusrina Tunku Nazrin, saya lebih mesra dengan panggilan Nina. Saya berasal dari Changlun, Kedah dan kini sedang melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dalam jurusan Art & Design di UiTM Shah Alam. Saya juga seorang freelance designer, comic artist, indie performer, dan juga pengasas Banina Design Studio.
Macam mana boleh terfikir nak buat The Echoes Beneath? Kenapa mesti indie scene?
Pada asalnya, The Echoes Beneath merupakan projek Master saya bersama supervisor saya, Dr. Razeef Razak. Saya kini sedang membuat penyelidikan mengenai evolusi komik dalam Malaysia. Komik-komik Malaysia setahu saya memang banyak judul-judul yang telah dipasarkan di peringkat internasional, samada yang dicetak ataupun berbentuk digital seperti di laman web Webtoons ataupun Tapastic. Setakat ini, komik yang berbentuk motion atau bergerak tak banyak lagi dalam Malaysia, dan kebanyakannya dalam peringkat experimental. Sebab itu saya pilih untuk mengkaji dan menghasilkan motion comic.
Saya pilih indie scene sebagai tema komik ini sebab memang dekat dengan hati. Dari zaman sekolah saya memang suka menyanyi dan perform atas pentas. Dulu masa sedang belajar di peringkat degree, saya sempat intern di Black N Red Live Studio, Jitra. Di situ, saya tolong rebrand studio bersama boss saya, Shahrir Shuib. Dari situ la saya start kenal ramai kawan2 baru yang rajin datang jamming, yang perform lagu original, yang rajin bereksperimen dengan muzik, diorang semua power-power dan berbakat tapi sangat underrated. Sejak itu, saya rasa terinspirasi untuk perkenalkan band-band indie kepada orang luar.
Kebetulan pula, Malaysian Digital Economy Corporation (MDEC) ada buat satu program dana yang dinamakan Digital Content Creators Challenge (DC3+) dimana ia merupakan satu inisiatif kerajaan bagi membantu syarikat- syarikat kecil mendapatkan bimbingan dan mentorship bersama penggiat industri kreatif yang berpengalaman. Semuanya ada 3 kategori, Motion comic, short film & short animation. Temanya pula best, “Malaysiana: Bringing Malaysian Stories To The World”. Saya terus gunakan peluang ini untuk mencuba nasib bagi kategori Motion Comic. Alhamdulillah, projek ini akhirnya terpilih sebagai salah satu pemenang geran DC3+.
Berapa lama proses nak menghasilkan siri ini? Cer citer sikit proses dari awal dan akhir termasuk watak-watak dan penceritaan
Projek ini memakan masa selama 9 bulan bagi menghasilkan kelima-lima episode dalam siri ini.
Idea asalnya kami ingin menghasilkan satu platform baru bagi para pemuzik dan juga performers untuk tonjolkan muzik mereka selain di platform muzik seperti di JOOX, Spotify, Soundcloud, Bandcamp dan juga live shows. Tambah-tambah,dalam musim covid ni banyak show yang terpaksa cancel ataupun delayed. Jadi kami membuat keputusan untuk combine dua elemen iaitu muzik dan komik dan jadikan ia satu inovasi yang menarik. It goes both ways, musicians can promote their music through our comic and to the art community, while we could also promote our comic and art to the music community.
Walaupun jalan cerita The Echoes Beneath sekadar fiksyen, ia lebih kearah kehidupan ataupun slice of life, dan boleh relate dengan ramai orang. Antara perkara yang banyak ditekankan dalam siri ini ialah empowering women and independent musicians. Konsep idea dan design pula banyak diinspirasikan dari visual novel games dan animated music videos. Lakaran watak dan jalan cerita banyak diimprovasikan dengan bimbingan Dr. Razeef yang juga Art Director bagi komik ini.
Pertama sekali, kami cuba approach beberapa penggiat muzik untuk meminta kebenaran untuk menggunakan lagu mereka untuk projek ini, serta band-band yang sudi collab untuk tampil dalam bentuk kartun bersama. Antara band-band yang terlibat adalah Single Brown Day, Rainmen Blues Brada, Yubi Official 7, Blackwood Confidential, Jaddah, Integers, Edogawa, Masyghul dan ramai lagi. Dari situ saya juga mula mengenali ahli-ahli band Senja (Myra, Kasih & Inarah) kerana mereka turut menyumbangkan suara kepada watak- watak mereka dalam komik ini.
Selepas sudah confirm dengan band-band, skripnya dibaiki pula oleh Shahrir Shuib dan Hajar Zainal yang juga merupakan cikgu-cikgu English yang muti-talented.
Kemudian, saya mencari team pelukis komik (Sina Rain Mentari, Nor Izzatty, Ariieya, Iman Karmilla & Shahrul Naim) untuk melukis komik ini bersama, sebab kalau saya seorang saja yang lukis akan memakan masa yang jauh lebih lama. Saya bersyukur sebab ada kawan-kawan yang sudi bekerjasama untuk bantu saya menjayakan projek kecil ini.
Sambil itu, team Black N Red Live Studio pula membantu dari segi audio works.
Shahrir Shuib & Hafifuddin Fuad lah yang merekod suara-suara talent, yang compose lagu tema, yang susun segala sound effects dan lagu-lagu, yang balancekan sound, mixing & mastering bagi menghidupkan lagi komik ini. Kalau diorang ni tak ada, saya tak rasa saya mampu nak hasilkan audio yang best untuk komik ini. Selepas audio dah siap, baru saya compose dan animate pergerakan/ motion mengikut dialog yang telah direkod.
Macam mana dengan talent-talent yang terlibat dalam siri ini? Macam mana dorang dipilih untuk menyumbangkan suara dalam siri ini?
Talent-talent yang dipilih kebanyakannya pemuzik-pemuzik juga. Pemegang suara watak Ajam, iaitu En Firhat merupakan frontman bagi kumpulan muzik Rainmen Blues Brada, watak Yid pula dipegang oleh Shahrir Shuib yang juga gitaris bagi band Predefined. Hajar Zainal yang memegang watak Hiswife adalah vokalis band Blackwood Confidential. Dr Abdullah Mohd Nawi yang memegang watak Ken pula seorang influencer di Youtube. Band Senja pula, memang sangat-sangat supportive dari awal kami introduce projek ni. Diorang semua ada SOUL in both music and acting, sebab tu saya rasa mereka layak untuk menghidupkan watak-watak komik ini.
Sasaran penonton bagi motion komik ini adalah kanak-kanak, remaja dan dewasa yang juga terdiri daripada golongan yang meminati kartun, komik, dan muzik.
Apakah pengaruh utama dalam penghasilan siri ini? Ada tengok mana-mana movie or siri ke?
Penghasilan siri ini banyak terpengaruh dengan elemen-elemen misteri, comedy dan aksi daripada siri animasi seperti Scooby Doo, Totally Spies, Phineas & Ferb, Courage The Cowardly Dog, juga filem-filem seperti Lemony Snicket’s : A Series of Unfortunate Events, Spy Hard, Austin Powers dan banyak lagi filem slapstick yang lain.
Adakah siri ini akan dihabiskan dalam beberapa episod sahaja? Or akan ada season baru selepas abis season ini?
Bagi season pertama ini, kami ada 5 episode. Insyaallah jika sambutan menggalakkan bagi first season ni, kami akan usahakan untuk season ke-2 dengan menjemput band-band lain pula untuk berkolaborasi.
selepas siri ini, ada plan ke nak buat citer lain? or nak buat filem pula ke?
Setakat ini kami belum ada plan. Jika ada permintaan ramai, mungkin kami akan wujudkan season 2 bagi siri The Echoes Beneath motion comic dengan jalan cerita yang lebih bagus.
Setakat ini apakah respon daripada penonton?
Alhamdulillah setakat ini, respons banyak yang positif. Saya seronok sebabnya ramai orang yang baru tahu mengenai kewujudan band-band indie yang featured dalam komik ini. The Echoes Beneath memang bertujuan untuk memperkenalkan muzik indie kepada komuniti komik dan juga memperkenalkan komik kepada komuniti muzik. Itu yang istimewanya motion comic ini, ia dapat menyatukan ramai penggiat industri seni.
Setakat ini ada masalah tak dalam nak buat siri ini?
Pada mulanya memang masalah banyak juga dari segi teknikal, tambah-tambah dalam musim PKP. Kami terpaksa tunda sesi recording, dan studio muzik/ recording pula terpaksa ditutup kerana bukannya perniagaan keperluan asas.
Bagi ahli kumpulan Senja, mereka terpaksa membuat rakaman suara di rumah masing-masing dengan menggunakan earphone kerana tidak mempunyai akses kepada proper recording equipment. Banyak juga isu lain, tapi apabila difikirkan balik, rasa berbaloi lah dengan effort kami sepanjang tempoh menyiapkan komik ini.
Harapan awak?
Harapan saya agar suatu hari nanti ramai lagi orang akan lebih berminat dengan motion comic dan juga muzik indie. Saya berharap dengan penghasilan komik The Echoes Beneath, lebih ramai orang yang akan sedar dan menghargai karya para pemuzik indiependent dan dapat menyumbang jasa kepada industri kreatif Malaysia.
Last word?
Sekali lagi saya nak ucapkan terima kasih kepada Kugigran kerana sudi menemu ramah saya mengenai motion comic ini. Teruskan support karya-karya tempatan!
Post a Comment