Balu Chester Bennington Luah Kerinduan Terhadap Mendiang Suami

 

Kredit Talinda IG


Talinda Bennington, balu kepada mendiang vokalis Linkin Park, Chester Bennington telah berkongsikan satu nota terhadap suaminya itu. Ianya sempena ulang tahun mendiang yang ke 46 tahun, ahad lalu.


Mendiang dilahirkan pada 20 Mac 1976 di Phoeniz Arizona. Beliau meninggal dunia pada 20 Julai 2017 akibat mencabut nyawanya sendiri di sekitar rumahnya berhampiran Los Angeles. Balu mendiang pernah menyatakan bahawa ia sangat merindui Chester setiap saat setiap hari. 


Untuk ulang tahun Chester pada tahun ini, Talinda menulis satu ayat yang sangat menyentuh perasaan di Instagram: "Selamat hari jadi sayangku! Kami sangat merinduimu. Sengsara ini bukan sesuatu yang mudah untuk dihadapi namun harus dilalui seperti kata mereka. Aku tak pasti aku akan percayakan kesemuanya,"


Talinda menambah lagi,"Aku dah buat sebaik mungkin untuk membesarkan anak kita seperti yang pernah kita bincangkan. Kau sebahagian daripadaku dan sangat sukar untuk hidup tanpamu. Aku cinta padamu dan kami merayakan ulang tahunmu pada hari ini," luah Talinda dengan penuh perasaan di Instagram. 


Sekeping gambar mendiang yang memegang hadiah turut dikongsikan oleh Talinda di Instagram.


Talinda mempunyai tiga cahaya mata bersama Chester. Tyler yang berusia 16 tahun serta kembar Lila dan Lilay yang berusia 10 tahun. Mendiang turut mempunyai dua anak yang lain iaitu Jaime (24), Draven (19) serta seorang anak angkat iaitu Isaiah (24). 


Talinda berkhawin lagi pada tahun 2020. Linkin Park berehat seketika selepas kematian Chester. Pemain bass band tersebut, Dave Farrell pernah menyatakan  mereka akan hadir dengan rilisan terbaru. Namun pada tahun lepas, Mike Shinoda pernah menyatakan ianya bukan masa yang sesuai untuk kembali.



Sumber: Loudwire 



Post a Comment

Previous Post Next Post