kredit Miya Mizuno/FX |
Lagenda Punk, Sex Pistols akan diangkat kisah mereka dalam satu drama bersiri yang bertajuk Pistol. Ianya akan diriliskan 31 May 2022 di saluran Hulu (di US) serta Disney+ di beberapa buah negera seperti U.K, Canada, Australia, New Zealand, Ireland dan Singapore.
Drama ini mendapat sentuhan Danny Boyle selaku pengarah yang sebelum ini sudah mencapai kejayaan dengan beberapa buah filem seperti Trainspotting, Slumdog Millionaire, Yesterday dan banyak lagi. Pistol adalah adaptasi daripada memoir gitaris Sex Pistols, Steve Jones-Lonely Boy.
Pistol menampilkan enam episod ini membawakan rencah kekacauan dalam kumpulan Punk tersebut. Kita menyaksikan bagaimana Steve Jones serta ahli lain menempuh perjalanan pahit, manis serta penuh emosi dalam perjalanan muzik mereka.
Toby Wallace menggalas tanggungjawab sebagai Steve Jones. Manakala beberapa pelakon lain seperti Anson Boon (sebagai John Lydon), Christian Lees (sebagai Glen Matlock), Louis Partridge (sebagai Sid Vicious), Jacob Slater (sebagai Paul Cook), Emma Appleton (sebagai Nancy Spungen), Thomas Brodie-Sangster (sebagai Malcolm McLaren) dan ramai lagi.
kredit Miya Mizuno/FX |
Namun beliau kalah dan lagu-lagu band tersebut dibenarkan dalam drama bersiri tersebut.
Sex Pistols sememang banyak meninggalkan kesan bukan sahaja di UK malahan merebak ke serata dunia. Walaupun hayat muzik mereka singkat namun kumpulan tersebut telah memberi pengaruh kepada beberapa individu untuk memulakan band Punk.
Kredit: Deadline
Post a Comment