Teknologi Mengubah Jiwa Rock n Roll-Slash

kredit Getty Images

Pada hari ini, teknologi dah semakin maju. Ianya termasuklah dalam industri muzik. Tapi bagi sesetengah pemuzik yang bermain alatan muzik sejak lama lama proses rakaman, sudah tentu tidak banyak memberikan kesan positif. 


Pemain gitar lagenda Slash menjelaskan bahawa teknologi telah mengubah jiwa kepada Rock n Roll. Beliau menjelaskan perkara tersebut dalam temuramah bersama Toni Gonzalez dari loudwire Nights.


"Memang susah untuk bermain muzik sendiri sebab kome kena main sampai habis lepas tu kena ingat pulo semua part tapi eh tu kan kan kerja pemuzik kan, tu yang sepatutnya kami buat! Ulas Slash sambil gelak-gelak.


Jelas Slash bahawa pemuzik lebih-lebih lagi genre rock n roll seharusnya lebih kepada kemampuan dalam bermain alatan muzik. Tambahnya, "Teman fikir belajar pasal teknologi ni memang hebat, tapi teman tak biasa sangat dan lebih kepada cara lama walaupun teknologi sangat membantu dalam rakaman," 


Sememang teknologi sekarang sangat memudahkan. Namun jiwa rock tu lebih mementingkan alunan alatan muzik yang sebenar. Lebih-lebih lagi semangat pemuzik rock n Roll yang ingin beraksi sebaik mungkin untuk membuktikan kemampuan mereka.


Walaupun begitu, Slash tetap anggap teknologi sangat penting bagi sesetengah genre seperti Hip Hop dan EDM. Baginya, muzik seperti itu memang memerlukan teknologi terkini. 


"Tapi bila genre yang memerlukan pemuzik untuk bermain alatan muzik yang sebenar seperti Rock n Roll dan sebagainya, ianya memerlukan tenaga serta interaksi antara sesama ahli,". Itulah yang hilang apabila sesetengah pemuzik mula terlibat dalam teknologi, bila semuanya sebegitu...teman rasanya ada sesuatu yang hilang dalam Rock n Roll tapi ramai yang tidak menyedarinya," katanya.


Terkini, Slash tetap meneruskan semangat Rock n Roll di dalam rakaman terbaru tertajuk 4. Ianya dirakamkan bersama Myles kennedy and the Conspirators. Rilisan ini keluar pada semalam (11 februari 2022). Ini adalah rakaman live yang menyaksikan beliau dan rakan seperjuangan berkejasama dengan penerbit Dave Cobb di RCA Studios A di Nashville.


Sumber: Loudwire



Post a Comment

Previous Post Next Post