Stayc Kembali Dengan Single RUN2U-Catat Tontonan Hampir 7 Juta dalam Masa Sehari

High High Ent

Kumpulan dari Korea Selatan, Stayc telah kembali dengan single terbaru, RUN2U. Lagu in terdapat dalam mini album terbaru mereka iaitu Young-Luv.com.


Selepas kejayaan beberapa single seperti Asap dan So Bad, single terkini iaitu RUN2U menampilkan tenaga yang sangat membara dari enam gadis ini. Korus yang mudah untuk dihadam walaupun hanya sekali dengar, lagu ini kemungkinan bakal mendapat sambutan.


Labih-labih lagi tontonan RUN2uU di Youtube kini sudah menghampiri 7juta dalam masa sehari. Single ini mendapat sentuhan Black Eyed Pilseung, Jeon Goon dan FLYT.


Stayc dibarisi enam gadis cantik iaitu Park Si-Eun, Isa, Sumin, Se-Eun, Yoon dan J. Stayc membawa maksud Star To A Young Culture. Bernaung di bawah High Up ent, kumpulan ini muncul dengan beberapa single dan mini album iaitu Star To a young culture (2020), Stardom (2021), Stereotype (2021) dan terbaru Young-Luv.com (2022).


Mini album Young-Luv.com telah diriliskan pada 21 februari 2022. Menampilkan enam buah lagu, ianya kini mencapai jualan hampir 78,000 mengikut data Hanteo. Ini menjadikan rilisan tertinggi buat mereka yang sebelum ini mencapai 43,000 jualan dalam masa seminggu untuk mini album Stereotype.

Post a Comment

Previous Post Next Post