Keadaan yang meruncingkan antara Russia dan Ukraine memaksa band Punk Rock, Green Day Membatalkan konsert di Russia.
Konsert yang sepatutnya diadakan di Moscow, Russia terpaksa dibatalkan kerana konflik antara negara tersebut dan Ukraine. Ianya diumumkan melalui Instagram story rasmi Green Day.
"Atas perkara yang berlaku sekarang (Russia-Ukraini), kami dengan berat hatinya perlu untuk membatalkan konsert kami di Stadium Spartak, Moscow," Ulas band tersebut (Variety, 28/2/2022).
Green Day akui sekarang bukan masa yang sesuai untuk membuat persembahan. Jika keadaan semakin pulih, kemungkinan mereka akan membuat persembahan di sana. Keselamatan serta keamanan adalah lebih penting buat masa sekarang.
Situasi yang buruk terjadi terhadap Ukraine sedikit sebanyak membuatkan beberapa artis dan band keberatan untuk mengadakan persembahan di Russia. Trio Pop seperti AJR jumaat lepas telah membatalkan kosert mereka yang sepatutnya berlangsung oktober ini.
Diharapkan ada usaha untuk memulihkan situasi buruk ini.
sumber Hai
Post a Comment