Saksikan Persembahan Berani Slipknot Dalam The Chapeltown Rag

Slipknot telah meriliskan muzik video terbaru bertajuk The Chapeltown Rag. Menampilkan aksi persembahan mantap daripada mereka.


Single ini telah pun rilis pada November tahun lepas dan menjadi lagu pertama untuk album terbaru mereka nanti. kali terakhir album Slipknot muncul di pasaran pada tahun 2019 iaitu We Are Not Your Kind.


Muzik video ini menampikan aksi persembahan mereka yang berlangsung di show knotfest, Los Angeles. Ianya diadakajn pada November tahun lepas.


Pada awal bulan ini, teraju utama iaitu Corey taylor telah mengesahkan bahawa mereka sudah hampir siap dalam proses penghasillan album baru. Merujuk kepada SiriusXM, "rakaman dalam proses proses mixing...segalanya sudah siap cuma tu je lagi," ulas Corey.


"Ianya mungkin akan rilis tiga bulan lagi,: tambah Corey mengenai album terbaru.


Sementara itu, Corey Taylor juga bakal rilis dengan rilisan solonya, CMFB-Side. Ianya akan rilis pada 25 Februari 2022.


Post a Comment

Previous Post Next Post