Rilisnya satu album yang mengabungkan tiga band serantau Asean iaitu Muck (Malaysia), Polyester Embassy (Indonesia) dan The Guilt dari Singapore. Rilisan yang diberi nama Obat Sakit kepala ini menghimpunkan sembilan lagu yang mana masing masing memberikan tiga lagu.
Setiap band memainkan tiga lagu. Dimulakan dengan band indie lagend lokal kita iaitu Muck. Dimulakan dengan lagu Sakit kepala yang menjadikan lagu melayu pertama mereka. Lagu lagu yang hapiness untuk satu mukadimah. Diselitkan dengan dialog filem P.Ramlee, ianya tidak mengecewakan walaupun ini adalah cubaan pertama dalam lagu berbahasa melayu. Lagu kedua dan ketiga juga tak mengecewakan. Miss this sound ceh.
Untuk band dari Indonesia iaitu Polyester Embassy. Rasanya kenal band ni masa era Amp Channel V dulu. Membawa Experimental Rock, agak sukar sebenarnya nak hadam lagu dorang, intro untuk lagu Parak agak menyelerakan namun selepas itu agak hmmm tapi ada beberapa part yang ok. Begitu juga dengan dua lagu seterusnya. bagaimanapun bagi pengemar genre sebegini ini mungkin sesuai untuk korang.
Polyester Embassy (kredit @gonsskii) |
Band tiga iaitu The Guilt. Tak pernah mendengar dan katanya ini band projek Force Vomit (band legend ni). Lagu pertama mereka Shanice (Reprice), suara vokalis ini dah macam Ismail Haron. Mungkin satu tribute kepada arwah kot. Tapi best sebab lenggok lagu-lagu lama. Lagu kedua Shame,Shame lain plak style vokalnya. Rasanya berbeza vokalis kot untuk lagu kedua. Rock n Roll 60s spirit. Lagu terakhir The Guilt ala ala lagu cina lama era Shaw Bro HK. Lagu-lagu dorang ni antara fav saya untuk split ini.
The Guilt |
Bercerita pasal cover, layout,design dan apa apa ajelah. Cover ala ala minyak angin kalau tak silap, comel je ada tiga kepada natang singa, rimau dengan garuda. simbolik tiga negara asean tu. Dalaman pun cun dengan design yang lama, cuma kadang ada font yang kecil sangat susah nak baca. Ada nukilan M. Jayzuan tentang split ini selain tak kedekut untuk share lirik-lirik.
Sebuah split yang merayakan ikatan antara band-band asean. Satu rilisan yang harus dimiliki yang dorang dah menyajikan karya yang terbaik, tunggu untuk korang pergi beli je. Rilisan ini ada dalam bentuk cd dan piring hitam. Dengar dengar akan rilis dalam bentuk kaset nanti.
Post a Comment