#ReviewKugigran Filem Yunos Ishak Ejen 08 (2022)



Ulasan review oleh: Syemy Fadly Amy

Filem terbaru yang gua tonton untuk tahun ini adalah filem animasi indie yang mengambil sedikit inspirasi dari filem mat bond.Apa yang gua tahu ini adalah filem keempat dihasilkan dari studio seniman production tetapi filem ke 2 yang gua tonton selepas andai esok tiada lagi.

Apa yang best untuk filem ini gua dapati pengarah kali ini lebih berani untuk mempelbagaikan plot dan tema dalam filemnya.Tidak seperti filem sebelum ini di mana ianya terlalu mirip kepada filem cinta era pada tahun 70 an. Mungkin pengarah ini ingin memberikan "homage" kepada filem filem kegemaran beliau di era tersebut dan unfortunately that type of film is not my cup of tea.Sebaliknya tema filem ini pula adalah dalam linkungan selera gua  seperti time travel,parody ,action dan juga  tema penyiasatan yang digaul sekali.The best part untuk animasi pengarah bebas untuk meletakkan apa apa tema kerana ia tidak melibatkan kos yang agak tinggi dan ini adalah antara benda yang positif boleh dilihat dalam filem ini.Pengarah berani mencuba untuk sesuatu yang baru.

Untuk animasi juga terdapat peningkatan dari segi persembahan. Dapat dilihat gaya lukisan adalah top notch dan diselang selikan sedikit animasi yang bergerak.Keep in mind this is indie studio unlike big production yang mampu mengupah graphic animator dan studio yang terbaik.So bravo for the team.



Untuk penyumbang suara gua tidak rasa ada masalah.Dapat dilihat mereka cuba memberikan yang terbaik walaupun mereka hanyalah amatur dalam bidang ini dan bukan terlatih.So kudos to them.

Kekurangan untuk filem ini ?Terdapat beberapa babak yang tak perlu ada dan bagi gua babak ini patut digantikan dengan babak yang lebih menfokuskan protagonist dan antagonist dalam filem ini.Kerana filem ini ada beberapa persoalan yang tidak dijawab contohnya "eh siapa mdm x ni??" atau "macam mana dia tahu kelebihan budak ni??".Semuanya berlaku dengan sepintas lalu.

Dan secara peribadinya gua rasa momen romantik yang dipersembahkan adalah seperti dipaksa dan ianya sama apa yang gua rasa untuk  filem sebelum ini.Not really into it.Mungkin boleh dikurangkan dalam projek akan datang.Tetapi mungkin ini lebih kepada pendapat peribadi gua sahaja.

Sedikit trivia :-

Terdapat suara latar yang diambil dari filem seniman bujang lapok jika anda dengar dengan baik untuk satu babak dalam filem ini.

Juga terdapat sedikit easter egg/cameo dari filem terdahulu.

Secara keselurahan filem yang ada potensi dan anda boleh menonton filem ini secara percuma di halaman youtube.Dihasilkan untuk peminat animasi malaysia dan pencinta film era 70,80 an.

6/10






Post a Comment

Previous Post Next Post