Raih Satu Juta Tontonan! Kukira Kau Rumah Bakal Ditayangkan Di Malaysia

 

Youtube MD

Filem dari Indonesia, Kukira kau Rumah menjadi bualan di negara seberang. Bahkan filem yang mulai ditayangkan pada 3 Februari llu telah mencapai jumlah sebanyak satu juta penonton.


Netizen tempatan sudah mula memperkatakan tentang filem ini lebih-lebih lagi di TikTok. Justeru itu, filem yang menjadi viral ini bakal ditayangkan di Malaysia. 





Filem Kukira kau Rumah ini bakal menggegarkan pawagam Malaysia pada 24 februari 2022. Sudah tentu ramai yang dah tak tahan menantikan tarikh tersebut tiba.


Filem ini mengisahkan tentang seorang gadis bernama Niskala yang mempunyai penyaki bipolar. Sementara Pram pula seorang lelaki yang merasa kesepian kerana ayahnya meninggal dunia serta kesibukan ibunya dengan kerja.


Pram akhirnya memutuskan untuk bekerja di sebuah cafe. Pertemuannya dengan Niskala telah mengubah hidupny sehingga mereka berdua semakin dekat. Niskala mula semakin berani untuk menentukan hidupnya selepas berkenalan dengan Pram.


Filem ini dibintangi oleh Prilly Latuconsina, Jourdy Pranata, Shenina Cinnamon dan Raim Laode. Filem ini medapat sentuhan pengarah muda, Umay Shahab yang masih berusia 20 tahun.



Post a Comment

Previous Post Next Post
banner