Mengenang Kembali Lagenda Sudirman Haji Arshad


Pada tarikh 22 Februari 1992 menjadi kenangan yang menyedihkan buat peminat muzik tanah air apabila penyanyi serba boleh, Sudirman Haji Arshad meninggal dunia. 


Imbas kembali bagaimana lagenda ini telah mencipta pelbagai detik terbaik di dalam dunia hiburan tempatan. Sudirman dilahirkan pada 25 Mei 1954 di Temerloh Pahang. Allahyarham memulakan langkah seni apabila menyertai Bintang Rtm 1976.


Walaupun ketika itu, Sudirman masih lagi bergelar mahasiswa Universiti Malaya, ini tidak menghalangnya untuk memenangi pertandingan anjuran RTM itu. Selepas detik itu, allayarham mencipta pelbagai kejayaan dmemlalui beberapa lagu hit.


Selain menyanyi, allayarham juga pernah terlibat di dalam sebagai seorang pelakon di dalam filem Kami sebagai teraju utama. Walaupun filem arahan Patrick Yeoh ini mendapat sambutan yang tidak memberangsakan, namun ianya mendapat kritikan yang baik serta mendapat beberapa pencalonan di festival filem Malaysia kali ketiga.


Bahkan Sudirman juga menghasilkan beberapa penulisan dan komik sendiri. Allahyarham juga mencabar diri untuk mencebur dalam bidang perniagaan apabila melancarkan minuman berjenama sendiri iaitu Sudi.


Walaupun jenama tersebut sudah tiada di pasaran, ianya menjadi antara koleksi yang dicari cari oleh para pengumpul selain mempunyai nilai yang agak tinggi.


Detik paling diingati peminat apabila Sudirman membuat kejutan membuat pesembahan percuma di jalan Chow Kit. Konsert yang diadakan pada malam 15 April 1986 ini mendapat sambutan yang sangat mengejutkan apabila 100,000 manusia membanjiri konsert tersebut.


Allahyarham menyampai beberapa buah lagu termasuklah lagu anthem kawasan itu iaitu Chow Kit Road!

Gelaran Penghibur nombor 1 Asia menjadi antara kejayaan Sudirman paling tertinggi sepanjang kejayanya. Ianya hadir pada 19 Mei 1989 ketika majlis Salem Asia Music Awards di Royal Albert hall London. 


Acara tersebut juga disertai beberapa bintang terkenal lain termasuklah mendiang Leslie Cheung yang sangat terkenal di arena hiburan Hong Kong.

Satu peristiwa buruk terjadi kepada Sudirman apabila beliau rebah semasa membuat persembahan di Pulau Pinang. Allahyarham segera dibawa ke Pusat Perubatan Tawakkal, Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan.


Namun malangnya, Sudirman telah pergi buat selamanya apabila meninggal dunia pada 22 Februari 1992 ketika usia 37 tahun. Allayarham telah menderita dengan penyakit pneumonia yang dihidapinya.

Walaupun Allayarham tidak lagi bersama kita, namun lagu-lagunya masih lagi menjadi siulan bukan sahaja peminat bahkan generasi baru. 


Post a Comment

Previous Post Next Post