Mengejutkan! Lelaki Ini Ulas Band Metal Serata Dunia, Termasuk Malaysia?

YouTube Steve Terryberry



Steve Terryberry merupakan seorang YouTube yang selalu mencipta beberapa video cam best seperti parodi muzik, review dan sebagainya. Semalam beliau memuatnaik video reaction beberapa band di serata dunia, ianya termasuk Malaysia!


Steve membuat reaction ini selepas agak bosan dengan band-band metal Us. Jadi dia memilih beberapa band dari negara seperti New Zealand, Mesir, Poland, Malaysia, India, Brazil dan Indonesia.


Band Malaysia yang Steve tengok ialah Darkeys & The Key dengan lagu Puli Puli. Terkejut beruk dia bila melihat video band tersebut. Sempat Steve berselorok mengatakan vokalis kumpulan ini bercosplay Michael Jackson. Dia tak percaya ada band seperti ini di dunia.

reaksi Steve bila melihat  Darkeys & The Key




Selepas melihat video Puli-Puli, Steve menyatakan ini paling menarik pernah dia lihat!


Namun itu tidak kekal apabila Steve melihat video seterusnya, iaitu band dari India yang bernama Bloodywood. Dia kagum kerana kumpulan ini mengabungkan elemen tradisional dan metal. Ianya menjadi video paling menarik bagi Steve.


Band dari Indonesia juga ada iaitu Voice of Bacefoot. Yang ni pun menarik minat Steve cuma dia berharap adanya solo gitar.


Korang harap band tempatan apa yang Steve perlu react lagi? 


Post a Comment

Previous Post Next Post
banner