Mengejutkan! Gerard Way Terlibat Dalam Album Black Metal?

kredit IG Gerard Way

Ibaraki adalah sebuah projek band daripada anggota band Trivium, Matthew Kiichi Heafy. Kini projek tersebut telah meriliskan lagu terbaru serta maklumat terkini tentang album Rashomon-termasuk pelibatan beberapa bintang lain.


Jika sebelum ini, Ibaraki menampilkan Ihsahn (Emperor) antara yang terlibat dalam projek ini. Kini Matt menampilkan lagi dua tetamu istimewa yang lain khas untuk album akan datang. Iaitu Gerard Way daripada My Chemical Romance serta Nergal.

Kredit Nuclear Blast

Gerard Way akan terlibat dalam single Ronin manakala Nergal dalam lagu Akumu. Maksud Akumu membawa maksud mimipi ngeri-dengan single ini Matt cuba membawa pendengar menghayati apakah rasa yang terdapat dalam lirik,muzik serta visual dalam muzik video.


Matt menambah bahawa beliau sangat mengagumi seniman Perancis bernama Olivier De Sagazan yang popular dengan Transfiguration. Beliau cuba mengangkat karyawan tersebut di dalam single terbarunya itu.


Kolaborasi antara mereka menghasilkan cabaran masing masing. Matt akui menghadapi masalah kerana memerlukannya menterjemahkan lirik lagu kepada bahasa Poland apabila berkerjasama dengan Nergal yang berasa daripada sana.


Single bersama Ihsahn dan Nergal sudahpun rilis. Kita nantikan rilisan Ibaraki yang menampilkan Gerard Way Pula. Mesti menarik apabila penyanyi utama My Chemical Romance itu terlibat dalam lagu Black Metal.


Album Ibaraki yang bertajuk Rashomon akan rilis pada 6 May 2022 di bawah label Nuclear Blast. Mengandungi 10 lagu seperti:

1-Hakanak Hitwsuzen

2-Kagutsuchi

3-Ibaraki-Doji

4-Jigiku Dayu

5-Tamashii No Houkai

6-Akumu (feat Nergal)

7-Komorebi

8-Ronin (feat Gerad Way)

9-Susanoo No Mikoto (Feat Ihsahn)

10-Kaizoku


Post a Comment

Previous Post Next Post