Kisah Kehidupan Lagenda Michael Jackson Akan Diangkat Ke Layar Perak

YouTube MJ


Filem yang mengangkat kisah kehidupan raja pop Michael Jackson difahamkan sedang dalam pembikinan. Penerbit filem Bohemian Rhapsody, Graham King dikatakan terlibat di dalam karya terbaru ini.


Merujuk Variety, filem ini telah mendapat restu daripada Estate of Michael Jackson. Buat masa ini, karya tersebut diberi nama Michael.


Dalam bahagian penulisan, ianya bakal diisi oleh John Logan yang sebelum ini terlibat di dalam filem The Aviator, Gladiator serta Skyfall.


John Branca dan John McClain selaku perwakilan Estate of Michael Jackson akan turut terlibat dalam menerbitkan filem ini bersama dengan Graham King. 


Berkongsi tentang penglibatan beliau di dalam penerbitan filem ini, "saya dengan rendah hatinya cuba membawa delegasi MJ ke pawagam. Menonton persembahan mendiang pada 38 tahun yang lalu...saya tak sangkan akan mengalas tanggungjawab di dalam filem mendiang," kata Graham King.


"Filem ini akan membawa penonton untuk memahami individu yang mendapat gelaran raja Pop ini. Michael akan mengimbas kembali persembahan hebat MJ serta mengangkat kisah peribadi lagenda tersebut," tambah Graham King.


“Michael akan memberi penonton gambaran mendalam tentang cowok rumit yang kemudian menjadi King of Pop. Film ini akan menghidupkan pertunjukan paling ikonik Michael Jackson, karena memberikan wawasan yang mendalam tentang proses artistik dan kehidupan pribadi sang legenda,” tambahnya.


Ibu mendiang, Katherine Jackson memberitahu bahawa sejak kecik Michael Jackson sangat menyukai filem. Dengan hadirnya karya Michael, beliau akui merasa satu penghormatan apabila kisah anaknya diangkat ke layar perak.


Sama-sama kita nantikan filem ini di pawagam.


sumber: variety/hai







Post a Comment

Previous Post Next Post
banner