Jonny Greenwood Pura-Pura Handal Bermain Keyboard Untuk Menyertai Radiohead?

photo: Valerie Macon/AFP via Getty Images

Jonny Greenwood mendedahkan sesuatu yang mengejutkan. Beliau berpura-pura pandai bermain keyboard untuk menyertai kumpulan Radiohead. 


Ianya didedakan dalam satu wawancara bersama NPR selain membincangkan tentang perjalanan muzik beliau.


Perkara ini sudah tentu mengejutkan buat peminat yang mengenali beliau sebagai pemain gitar dan keyboard yang sangat memberikan kesan kepada Radiohead. Bahkan pelbagai penghargai yang diterimanya ketika bersama kumpulan tersebut.


"Sebelum menyertai Radiohead, Thom Yorke dah ada pemain keyboard tapi macam tak ngam plak dengan dorang so itu membuka peluang kepada aku,"


"Apabila aku jamming dengan dorang (Radiohead), aku akan pastikan keyboard aku tak hidup...Aku cuba untuk belajar bermain keyboard dalam beberapa bulan, tapi yang peliknya dorang ni macam tak tau je keyboard aku tak on,"


Ini sebenarnya merujuk kepada permainan Radiohead ketika itu sangat membingitkan! 


Tapi beberapa lama kemudia, beliau semakin mahir untuk bermain keyboard. Oleh itu, Jonny semakin berani untuk bermain keyboard tanpa perlu off lagi.


Terkini Jonny telah tercalon di dalam Academy Award dalam kategori Best Original Score untuk filem The Power of the Dog arahan jane Campion.

 





Post a Comment

Previous Post Next Post