Interview Istimewa Bersama Kumpulan Dadu

Dadu

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Siapa di talian?

Saya Dosh yang di talian ini, juga dikenali sebagai gitaris Dadu. 

Boleh ceritakan sedikit tentang band korang? Macam mana boleh terbentuknya Dadu?kenapa Dadu?

Band Dadu ni terbentuknya pada akhir tahun 2017. Kita hanya lepak-lepak mamak sambil cari nama band, entah macam mana tah salah sorang dari kami suggest Dadu dan terus menarik perhatian bandmate yang lain sebab Dadu ni macam membawa maksud ada masa kita di atas, ada masa kita di bawah, sabab kalau kita baling dadu tu pun bukan setiap masa kita akan dapat enam dan bukan setiap masa kita akan dapat satu. Gituu. 😂😂. Kita hanya sempat menghasilkan single "Dia Pergi" yang direkod di Studio 2105. Lepas tu vokalis asal tarik diri. 

Untuk ep Teng Neng Neng, macam mana proses penghasilannya? berapa lagu yang terdapat dalam ep tersebut?

Kali ni, sudah masuk vokalis lain iaitu Hizqil. Direction pun bertukar, lagu pun lebih bunyi-bunyian indie dan santai. EP ni semua kita record DIY, record pun dalam hotel. 😂. Total lagu adalah 6 buah lagu.


Apa tema yang korang cuba sampaikan dalam lagu-lagu korang?
Tema dia agak celaru sikit. Ada ketuhanan, ada motivation, ada pasal yahudi dan lain-lain. Oleh sebab itu kita bagi nama EP ni TENG NENG NENG! 😂

Untuk tahun ini, apa plan korang selain ep terbaru? Macam buat mtv ke?
Since kami sudah lama stop sebab tak cukup line up, kita target untuk main show sebanyak banyaknyaaa. Plan nak buat MV, tapi belum ada budget, kalau ada rezeki insyallah. 

Macam mana nak dapatkan ep korang?

Di sebabkan kita takde budget nak release fizikal, kita hanya release di digital platform seperti Spotify dan lain-lain. Kita juga akan send di telegram group kami file original bagi sesiapa yang takde streaming app di phone dorang secara percuma.

Berapa show yang dah korang perfom?

Semasa first single release pada 2018, kita hanya sempat perform show dalam 10 show macam tu sebelum vokalis keluar band. 

Best dan tak best perjalanan korang as the band?

Yeahh that's why nama kami Dadu. 😂😂😂

Last words? 
Tolong sebarkan lagu Dadu seperti virus Covid-19 🙏🙏😉😉




Post a Comment

Previous Post Next Post
banner