Guru Ini Gunakan Lagu Slipknot Dalam Kelas

IG Slipknot/ Alexander Gay

Seorang guru muzik bernama Risha Allen telah menggunakan lagu Slipknot di dalam kelasnya. Ianya dikongsi dalam applikasi TikTok.


Guru tersebut menjelaskan seorang pelajarnya dah muak dengan penggunaan lagu Eminem sebagai contoh di dalam kelas. Katanya hanya suka Metal bukan Rap. Bila Risha Allen tanya lagu apa yang dia minat, pelajar itu menjawab Slipknot!


"Saya sedikit cuak kerana saya mahu relate dengannya," Tulisnya di dalam TikTok. "Dia macam tak ngam dengan saya atau kelas muzik, jadi saya cuba untuk memahaminya,"


Pelajaran tersebut mencadangkan lagu Wait and Bleed. Risha Alleh menggunakan perkusi untuk memainkan rentak dan menyanyi lagu tersebut. Ianya adalah satu pelajaran yang sangat berguna di dalam subjek meter.


Cara guru ini cuba untuk memahami pelajarannya harus dipuji. Kita seharusnya menghormati minat orang lain walaupun tak ngam dengan selera kita. Korang boleh layan video tu di bawah.

@rishdishfish #musicmeter #slipknotmusic #musictheorylovers #musicteachersoftik #fifthgradebelike #elementarymusicteacherlife #heavymetallovers #teachmusic #4meter ♬ original sound - Risha Allen


sumber: Loudwire 

Post a Comment

Previous Post Next Post