Everything's Electric Satukan Liam Gallagher Dan Dave Grohl

Ig Liam/Dave

 4 Februari 2022 menjadi tarikh rilisnya single terbaru Liam Gallagher iaitu Everything's Electric. Lagu ini akan terdapat dalam album ketiganya, C'mon You know. Lebih menarik ianya menampilkan Dave Grohl sebagai penulis bersama.


Dave Grohl bukan sahaja bertindak sebagai penulis bersama, malahan mengisi bahagian dram. Ini seperti satu kerjasama yang tak diduga. Seperti korang tahu kedua-dua individu ini mempunyai pengaruhanya yang tersendiri pada era 90an. Liam dengan Oasis, manakala Dave dengan Nirvana.


Menurut Liam Gallagher yang disoal oleh NME,Dave Grohl dah banyak kali try untuk sama-sama membuat lagu. Dari tahun 2018 lagi dan terkini korang boleh lihat mereka akhirnya menghasilkan karya bersama.


"Dave sememang mempunyai bakat, dan juga bandnya," ulasnya.


Gandingan ini seperti melihat Nirvana dan Oasis bersama dalam satu unit. Untuk pengetahuan korang, album terbaru Liam akan rilis 27 Mei 2022.




Post a Comment

Previous Post Next Post
banner