Eksklusif! Interview Istimewa Bersama The Guilt

The Guilt

Kali ini aku bawakan interview istimewa bersama band dari Singapore iaitu The Guilt. Muncul dalam album kompilasi terbaru Obat Sakit Kepala bersama Muck dan Polyester Embassy. Korang silalah baca sepuas-puasnya 


Hello The Guilt apa khabar? siapa di sana?

salam kugigran! Bobby sini! Posisi vokalis/gitaris dalam The Guilt. 


Boleh ceritakan sedikit tentang band The Guilt. Adakah ini hanyalah band projek?

Initially The Guilt start as a solo project untuk bassist original kumpulan Force Vomit (FV), Alvin. Dia ada a bunch of songs dia tulis waktu dia hiatus dari Force Vomit circa 1999-2005 gitu. Dan saya sepatutnya tukang rekod je lagu-lagu tu kat studio kitaorang, The End of Recording. Tapi entah camne waktu tu jugak FV macam slow sikit so we roped in dino and fuzz jugak masok dalam projek ni.


So out first EP tu tahun 2009 kebanyakannya lagu dari Alvin sendiri and kitaorang just embellish je apa yang patot. And waktu 2009-2012 tu The Guilt was quite active playing in the scene main kat esplanade and zoukout sume tapi lepas tu kitaorang slack plak sampai kita release EP latest tahun 2019.




Bagaimana dengan pemilihan genre kalian sekarang? Kenapa memilih genre klasik rock n roll seperti ini?

Genre kita nak dikatakan campur aduk gak tapi kita memang minat garage rock gitu. Tapi ada influence rok kapak dan jugak classic chinese tunes and cantopop! 


Lagu Shanice (Dalam split Obat Sakit Kepala) seakan ada vibe Ismail Haron, adakah ianya memang pengaruh daripada penyanyi lagenda tersebut?

Yeah Ismail Haron memang antara idola kami. Especially saya! Saya sangat kagum dengan suara jantan dan attitude beliau (trivia: allahyarham Ismail Haron pernah datang majlis perkahwinan bassist The Guilt, Dino di tahun 2010). Al-fatehah buat beliau.


Macam mana boleh terlibat dengan split Obat Sakit Kepala. Adakah korang mengenali dua band dari Indonesia dan Malaysia itu?


Split Obat Sakit Kepala


Split terjadi pasal teman karib kita dalam scene Indie Ipoh, Ducktoi panggil FV untuk sertai split tersebut. Tetapi ketika itu FV sedang hiatus kejap dan Dino suggest kat ducktoi supaya sertakan The Guilt instead kerana kitaorang pun baru abis recording EP kita. Dan kita just kasi ducktoi tiga lagu dari rakaman kitaorang tu. 


Tahun 2002 lagi kita memang dah akrab dengan scenesters Ipoh kerana mereka pernah menjemput FV main gig kat sana dulu dan ketika itu saya roadie untuk FV. So memang rapatlah hubungan kitaorang ngan Muck dan Bodysurf crew tu.

Polyester Embassy kita tak kenal sangat pasal kita tak pernah main gig di Indonesia walaupun nama mereka memang kita follow. One of the best bands di sana for sure! 





Kalian pernah membuat persembahan di Malaysia/Indonesia. Jika ya apa pengalaman kamu di sana?

Di Malaysia memang gempak woo kalau FV main tapi The Guilt pernah sekali main di Ipoh tahun 2011 at small studio setting, organised by meor Muck dulu. Actually tahun 2020 Radzi from Teenage Head Records berminat nak release kita di KL for record store day in april 2020 tu tapiiii. Tau je lah apa terjadi hehehe.

We would love to play at Indonesia if we have the chance though!!!


Apakah pengaruh kamu dalam penghasilan lagu-lagu? Adakah dari filem atau buku ke?

Pengaruh filem dan buku ye kita ambil juga. Dari segi imej memang kita cuba make ourselves look like we walked off from a Tarantino movie set circa Reservoir Dogs. In fact EP demo kita yang pertama tu kita selitkan dialog filem-filem favourite kami to segue the songs together macam album Wu-Tang Clan! 


Tapi nak do that on proper releases susah skit kot kerana nak get clearance and what not? book-wise memang banyak juga kita ambil references from mythology and fables and old text. Oh kita ada juga curi snippets dari lirik-lirik fav songs kita. As homage!!! 


Bagaimana dengan scene di Singapore? Biasanya tempat apa yang best untuk perfom disana?

scene di Singapore ni hmmmm meriahlah juga dengan bands bermacam-macam genre tapi venue-wise kita terhad skit. Tak banyak tempat yang kita boleh main gigs atau showcase. 


Lagi-lagi sejak covid ni the gig scene boleh dikatakan terus lenyap kot. Most bands kalau nak buat persembahan sekarang pun have to go down the streaming route. Tapi streaming ni feel dia tak semeriah main live lah kan 




Apa komen kamu tentang rock sudah mati? Sekarang dunia Rock n Roll seakan pudar (hanya satu rilisan rock saja masuk billboard iaitu MGK untuk 2021) apa komen kamu? Adakah benar rock sudah mati?

Personally listening taste saya pun maseh stuck kat zaman 90s je. Latest kalau dengar rock, band-band baru ni mungkin ada yang exciting ke apa tapi kalau saya dengar latest music pun memang tak dengar rocklah. Lagi suke layan artis genre-genre lain seperti Koffee atau Billie Eilish ke, Salam Musik!!! 

Rock alaf baru ni tak berapa groundbreaking kot? 


Apa komen kamu apabila rilisan seperti piring hitam naik balik?

Any physical releases that boleh menjanakan income untuk pemuzik memang baiklah. Tak semestinya piring hitam. Cassettes dan cd pun kalau dapat jual kira ok tu. Pasal kalau artis nak depend on streaming or youtube views je memang payah lah nak survive 


Perancangan kalian untuk 2022?

At the moment kitaorang sedang dalam proses rekod a collection of 4 songs yang ditulis oleh kami berempat tapi not as The Guilt. Saje je suka-suka to break the monotony of playing our repertoire walaupun ada banyak lagu kita yg belum rekod lagi. Tapi macam dah bosan sikit nak main.

Hopefully comes out before june nanti lah thats the aim.

Playlist korang sekarang? Filem, buku, movie

Oh kita ada buat playlist lagu2 yang mempengaruhi band kami kat spotify… https://open.spotify.com/playlist/2HAelNB105vc1JhroZ5A5H?si=sTxGzKUGRnqCA3M6tHLonA ni kirakan blueprint of The Guilt! 

Films, hmmm guess we go for Scorsese and Tarantino kot. Sebab filem-filem dorang have amazing soundtrack! 


Last words?

Akhir kata, harap-harap covid restrictions ni will be over and done with ASAP lah so boleh juga kita jumpa members lama tak jumpa di malaysia! 

kitaorang pun dah getting closer to late40s ni so tak agak boleh carey on lama lagi hahaha.  Dan terima kaseh Kugigran kerana sudi interview kami!!! Hope to see all u guys soon enough! 

Post a Comment

Previous Post Next Post