Biar Betul? Taylor Swift Jadi kursus Pelajaran Di Universiti?

Ig Taylor Swift

Taylor Swift sememangnya seorang penyanyi global yang dikagumi. terkini beliau dijadikan kursus pelajaran di sebuah universiti, Amerika Syarikat.


Kampus Clive Davis, University New York telah memperkenalkan mata pelajaran tentang penyanyi tersebut. Telah dilancarkan pada 26 Januari hingga 9 March.


Berdasarkan idea daripada Brittany Spanos dari Rolling Stone, kelas tersebut mengajar tentang evolusi Taylor Swift sebagai seorang artis, penulisan lagu, dan sebagainya. Lebih mengejutkan ramai yang ingin mendaftar ke dalam kelas tersebut.


Penyanyi tersebut pernah diundang ke kelas tersebut, namun beliau belum memberikan respon lagi.


Kampus tersebut diketuai oleh pemuzik lagenda, Jason King. Clive Davis memang dikenali dengan mengajar beberapa kelas khas untuk muzik. 


Jason King memberitahu bahawa bagaimana beliau menerima cadangan daripada Brittany untuk memasukan subjek Taylor Swift (Variety, 3/2/2022). Tambahnya lagi, Brittany bukan saja peminat penyanyi bahkan memahami tentang budaya penyanyi tersebut. Ini mampu membuatkan pelajaran mengerti tentang Taylor Swift melalui soal feminis, kaum/kelas dan sebagainya.


Brittany memberitahu bahawa mengajar di Clive Davis adalah impian sejak belajar di University New York. Beliau pernah mengambil subjek rakaman muzik yang secara langsung membantunya dalam bidang penulisan.


"Aku telah menulis tentang Taylor Swift sejak memulakan kerjaya sebagai wartawan dan menjadi peminat susah nak mati beliau. Ini adalah satu penghormatan untuk berkongsi minatku bersama mahasiswa yang lain," tambahnya.




Post a Comment

Previous Post Next Post
banner