Terkini! Tarikh Terbaru Tayangan Tertutup Mentega Terbang




Update! Tarikh tayangan tertutup filem Indie Mentega Terbang telahpun didedahkan! Ianya pada tarikh 5 dan 6 Februari 2022.


Pada awalnya tayangan ini dibuat pada 19 Disember tahun lepas, namun atas faktor keselamatan dan musim banjir, ianya terpaksa dibatalkan.


Buat korang yang dah tempah tiket untuk tarikh yang lama, korang sepatutnya telah dimaklumkan melalui emeil dan whatsApps tentang tarikh baru. Korang boleh hubungi Ubertickets (019-5881810) melalui WhatsApp jika korang tak dapat update atau mahukan detail lebih lanjut.


Buat korang yang nak tengok filem ni tapi belum beli tiket, korang kena tunggu 17hb Januari untuk membeli tiket jika masih ada kekosongan. Keutamaan diberi kepada yang beli dulu. Dimaklumkan ini kemungkinan tayangan terakhir Mentega Terbang di kawasan KL.






Sinopsis Mentega Terbang:

Kehidupan selepas mati, syurga, neraka, kebenaran, ini ialah persoalan yang terngiang-ngiang di dalam minda Aisyah. Dia seorang pelajar sekolah menengah yang terpesona dengan kebenaran agama, terutamanya tentang apa yang akan berlaku pada selepas kematian. Dengan seorang ibu yang mempunyai barah, dan seorang ayah yang liberal dari segi akal dan gaya pemikiran, adakah Aisyah dapat mencari jawapan untuk apa yang dia cari?

 

Post a Comment

Previous Post Next Post
banner