Terkini, 4 Peserta Girls Planet 999 Bakal Muncul Dalam Group Baru



Empat peserta daripada show Girls planet 999 akan debut tidak lama lagi. Mereka bakal debut dengan group baru bawah agensi FCENM Ent.


Awal Disember lalu, agensi FCENM Ent telah mengumumkan empat peserta daripada Girls Planet 999 iaitu Hayase Hana, Kishida Ririka, Chang Ching dan Lee Yun Ji akan debut dalam kumpulan baru yang terdiri enam anggota wanita.


pada hari ini, agensi tersebut mengumukan nama kumpulan baru tersebut, iaitu ILY:1. Nama ini membawa maksud gabungan perkataan "I" dan "-ly", bererti "like I" atau "like myself". Manakala "I" mengambarkan setiap anggota kumpulan dengan keunikan mereka dalam satu unit. 


Nama kumpulan ini juga melambangkan "I Love You" yang memberi makna mereka sangat sayangkan peminat. Sebutan ILY:1 ialah "eye-li-one".


ILY:1 dijangka debut bulan March ini.


Post a Comment

Previous Post Next Post
banner