Slash Ulas Perkembangan Terbaru Guns N' Roses

metalheadzone


Slash menyatakan perkembangan terbaru Guns N' Roses, dan kali ini beliau akui ianya sesuatu yang ditunggu-tunggu. Menurut sumber Classic Rock, gitaris terhebat itu memberitahu akan ada rilisan terbaru.


Pada 2015 mula timbul ura-ura Slash dan Axl Rose akan kembali bersama. Sehingga tahun 2016, Guns N' Roses yang menampilkan Slash menjadi tumpuan utama dalam festival Coachella, California. Pemain gitar itu meluahkan rasa kagum terhadap saat itu.


"Bila kami bersama, aku dan Axl merasakan dapat mengatasi masalah buruk yang dipikul kami bertahun-tahun," ulasnya.


Penghujung 2020, Slash memberitahu akan Guns akan rilis lagu baru, tidak lama selepas itu Absurd hadir pada Ogos 2021. Ianya satu penyatuan semua antara Slash, Axl Rose dan McKagan selepas kali terakhir mereka bersama melalui cover the rolling Stone-Sympathy for the Devil. mereka tidak menoleh ke belakang dengan muncul single hard Skool serta akan muncul dengan EP terbaru yang dijangka rilis tahun ini.



sumber Loudwire


Post a Comment

أحدث أقدم
banner