Sibuk Dengan Album Ketiga, Dua Lipa Janjikan Kelainan

kredit NME

Dua Lipa buat masa sekarang dalam fasa menyiapkan album terbaru. Ia juga mengatakan rilisan ini sangat berbeza dengan sebelum ini.


Merujuk The Wall Street Journal minggu lalu, bintang yang berusia 26 tahun sudah siap fasa menulis untuk album terbaru. Tidak tergesa-gesa dalam membikin album. beliau mengatakan rilisan ini sudah mempunyai bentuknya yang tersendiri.


Tambah beliau, rilisan ini tetap muzik pop tetapi juga mempunyai pelbagai elemen. Ianya sesuatu yang unik serta menarik, bagaikan satu langkah selepas album Future Nostalgia. Dua Lipa akui rilisan terbaru ini sesuatu yang mungkin sukar dihadam oleh peminat yang sedia ada. 


Future Nostalgia sudahpun rilis pada tahun 2020 yang lepas. Sejak dari itu, Dua Lipa lebih banyak bekerjasama dengan beberapa artis seperti Elton John, Pop Smoke dan beberapa artis lain.


Sumber NME




Post a Comment

Previous Post Next Post
banner