Sejenak Bersama No Good

kredit @krewfilemsekkito

kali ni aku amek band No Good kali ni. Mugo ramai gok hok nok aku interview sek ni. Baru-baru ni jah sek No Good tercalon dalem anugerah NME Asian. No good dianggotai Smek Almohdzar (nyanyi,gitar), Mat Yie (bass) dengan Ali Johan (main dram). Jangan buang maso, jom layan.


Assalamualaikum dan terima kasih kerana sudi menerima soalan daripada Kugigran. Siapa disana? First words?Waalaikumusalam. Terima kasih Kugigran sudi menemuramah No Good.

Kami semua ambil giliran menjawab.

Macam mana dengan album terbaru No Good, Punk Good? Korang berpuas hati dengan hasillnya?

Ya, kami berpuas hati dengan Punk Gong, bukan Punk Good ya (saja je tu typo, nak tengok perasan ke tak-Kugigran). Berkat terperap di waktu pandemik kami berjaya terbitkan album sulung kami.

Bagaimana korang boleh menghasilkan lagu yang sangat unik mengabungkan elemen kelate dan muzik punk? Adakah ada sesuatu yang korang cuba sampaikan melalui lagu korang?

Elemen Bahasa Kelantan dan muzik punk memang dah terpampang di depan mata selama ini. Mungkin terdetik bila melihat ramai kawan-kawan punk di Asia Tenggara dan juga Antarabangsa menyanyikan lagu-lagu mereka dalam bahasa atau dialek tersendiri. Ia bukanlah sesuatu benda yang baru.

Dalam maksud lagu pula, anda kena dengar sendiri dan kalau sampai mesej kami walaupun dalam dialek yang kurang difahami, syukur tercapailah objektif kami. Sekiranya tidak, kami masih have fun bertiga menulis lagu-lagu.

Mengenai mesej dalam lagu, adakah medium lagu terutama sekali genre punk/hardcore dan sewaktu dengannya mampu menyampai sesuatu mesej?

Pastinya bukan. Anda sendiri lebih banyak menghabiskan masa melayari Instagram dari mendengar muzik tempatan.

Mesej yang disampaikan tu hanyalah kandungan,tak kira apa format. Ceramah agama pun ada kandungannya yang bermesej, tapi bukan semua orang ke masjid.

Mesej pasti akan didengari oleh mereka yang mencari.

Semenjak pandemik melanda seluruh dunia, apa komen korang tentang situasi scene buat masa sekarang? Korang ada idea nak kembalikan scene pasca pandemik ni?

Kitorang takde pendapat sangat pasal benda pandemik ni satu dunia terkesan, dan kami band kecil ini paling tak penting untuk kelangsungan kehidupan orang lain. Lebih baik kita fokus ke sektor-sektor ekonomi terutamanya SME untuk membantu sesama Rakyat. Mungkin bila semua dah stablil, kita kembalikan scene. Namun, kami hanya secebis dari scene di Malaysia, band-band yang lebih lama dan besar patut lebih menggerakannya.

Bayangkan 10 tahun akan datang, apa yang korang nampak terhadap No Good?

Nyetok urat lepas main show.

Apa komen korang terhadap kerajaan negeri kelantan sekarang? Menurut korang adakah perlu kerajaan negeri memberi kelonggaran terhadap aktiviti seni?

Bukan kami saja, tak ada sesiapa pun yang boleh menasihati Kerajaan Negeri Kelantan untuk memberi kelonggaran terhadap aktiviti seni.

Tapi kalau kita fokus untuk hidupkan komuniti kita sendiri, lagi-lagi komuniti yang masih mengamalkan seni tradisi — dengan izinNya pasti semua usaha itu diberkati dan diberi perhatian. Hal ini kemudiannya akan membawa perubahan polisi dan perundangan Negeri.

Time tu, Kerajaan apa benda pun dah tak boleh halang. Rakyat itu raja, dan kerajaan sebenarnya hanyalah hamba Rakyat.

Tahniah kerana tercalon dalam anugerah NME. Apa komen korang?

sumber NME

Terima kasih. Kami rasa terpegun sebenarnya di dalam kategori dengan seniman-seniman senusantara yang kami sendiri hormat. Segan, tapi syukur. Ianya satu penghormatan.

Jika ada orang luar negara (tak kira wartawan, media etc) tanya tentang scene muzik indie di malaysia, apa yang akan korang jawab?

Check it out!

Best moment korang as the band?

Setiap kali kami bertiga dalam studio.

Last words?

Terima kasih semua yang telah menyokong No Good dari Demo Kawe hingga ke Punk Gong. Kami benar-benar terharu dengan kasih sayang dan sokongan yang diterima, harap kita dapat berjumpa tapi biar Omicron ni apa jalan dulu. Jodoh itu pasti, masa je tak bleh cakap bila.

Terima kasih Kugigran dan teruskan usaha sek demo blako. Terus sukses media indie Malaysia, sek kito jangae wak scene pecoh!

 

 

Post a Comment

Previous Post Next Post