#ReviewKugigran SOG Bahtera




Akhirnya setelah beberapa tahun menunggu, akhirnya SOG berjaya juga meriliskan album pertama mereka, Bahtera. Jom baca ulasan simple yang aku buat ni.


1-Restu
Intro yang mencengkam jiwa. memberitahu bahawa mereka cuba menyelitkan unsur kemelayuan di dalam album ini. Sungguh Syahdu sekali.

2-Garisan Sartan
lagu yang memang begitu baik sekali. Bait bait lirik yang begitu bermakna sekali. Cuma lagu ni tak heavy sangat.

3-Amat Mudah untuk hanyut dibawa arus (feat Ein Second Combat)
Apasalah tajuk lagu ni panjang sangat? Rasanya form lagu ni macam lebih kurang seperti lagu sebelumnya plak. Ke aku sorang je perasan macam tu? Rasanya kalau takde Ein Second Combat pun takpe kot.

4-Mati
Intro dari ucapan siapa? Apapun lagu ni sangatlah pendek. macam sepintas lalu plak.

5-Hantu (Shana Razman)
Suara Shana Razman boleh tahanlah. Cuma lagu ini semacam kurang memberi kesan kepada aku? Why Why?

6-Kitalah Juara
Antara lagu kegemaran aku dalam Bahtera ni. Nice seruling sound pada awal awalnya. Kemudiaan lebih ke arah Punk rock lagu ni. Apapun lagu ni sesuai kalau buat lagu tema masa tengok bola. Ye kan?

7-Kau,Sempurna (feat Annatasha)
Walaupun ada member yang tak berapa suka dengan lagu ni,sebenarnya lagu ni sedap apa. Walaupun ada sedikit terkucil beberapa part,tapi still masih boleh layan. Anyway siapa Annatasha?

8-Misteri Bertali
Kurang berminat dengan lagu ni sorry.

9-Warta Lama

10-Sebelum pergi aku ingin kembali
Kembali kepada mood mosh. hehehe.

11-Saudara,Sahabat
Ada unsur melodic melodic sikit pada awalnya. Pembentukan lagu yang begitu menarik sekali. Tahniah buat SOG.

12-Hentikan
Lagu ni Heavy giler! Suka part lenggok lenggok ghazal tu. Menarik!!!

13_Sumpah Pendekar (Piano Acoustic)
jika ditanya antara versi asal dengan versi Piano ni, aku rasakan versi ni lebih memberi kesan. Melodi Piano yang jitu selain kawalan vokal yang terkawal dan terjaga.

14-Bahtera
lagu terakhir album Bahtera iaitu Bahtera. hmmm masih lagi mengekalkan style yang kita semua tahu. Terbaik.

Kesimpulannya, Bahtera menjanjikan kepuasan kepada peminat peminat SOG yang dah lama menantikan material ini. Some lagu memang begitu best, some lagu rasanya kurang menarik. Apapun dapatkan album ni daripada menarik sendiri.


Post a Comment

Previous Post Next Post
banner