#ReviewKugigran Runut Bunyi Rasmi Pekik!


Pekik! Satu lagi usaha baik untuk mengetengahkan sejarah perjalanan scene indiependent. Korang boleh baca interview tentang Pekik disini. 



Projek Pekik ini bukan sahaja hadir dengan dokumentari yang akan kunjung tiba, juga hadir dengan cd soundtrack. Ini menunjukkan projek ini bukan main muat saja bahkan menunjukkan dorang ni serius untuk melakarkan satu titik sejarah dalam komuniti kita. Mengulas tentang cd ost ni, ada dalam 17 lagu daripada pelbagai band. Satu jumlah yang agak banyak dan memuaskan juga. 


Pelbagai genre yang terdapat dalam ost ini, dari Metalcore, Grunge, Folk sehingga Reggae. Dimulakan dengan Pekik yang menampilkan Radhi, Tam (Blind Tribe) dan Budak Scene All Stars(Ijoo Monoloque, Alel Upon Arrival, Izzat Hujan), Kudux Pesawat).  Lagu tema Pekik ini menepati untuk memulakan soundtrack ini. Lagu yang menaikkan semangat. 

Lain-lain lagu juga menarik. Beberapa lagu dirakamkan secara live dan ada juga yang sudah siap. Antara band yang terlibat macam Upon Arrival, Dead Mushroom, Restraint, Naratu, Auburn,Couple dan banyak lagi. Rakaman live memuaskan dan tidak mengecewakan. Ringkas cerita ini adalah top lima lagu yang aku suka dalam ost ini.

Goddam Mighty Tune-Couple

Zero-Motherland

Pekik-Radhi, tam and Budak Scene All Stars

Paint-Francis Wolf (ngam juga lagu ni bubuh dekat last2)

No babyblon- King I & The Easy babasound


Yang lain pun ok juga. Senang cerita korang kena miliki cd runut bunyi Pekik ni. Korang boleh pergi order dekat link dekat bawah:

http://pekik.stereopixels.com/






Post a Comment

Previous Post Next Post