Sebelum aku nak membebel panjang, aku dah mendengar beberapa keluhan tentang Rantai Art yang berlangsung pada hari pertama...hambar,tak best dan bermacam lagi. Aku terlepas pada hari pertama dan aku tak boleh kata apa. Mungkin yang komen macam tu tengah bad mood atau apa kita tak tau. Tu yang aku nak tengok tu pada hari kedua (semalam). Aku tiba with friends pada jam dua. Sebelum tu kitaorang lepak dekat Dataran Underground dulu. Banyak buku yang menarik dan aku adalah beli beberapa zine komik, nanti aku buat ulasan.
Sesampai je aku ke lokasi,alamak betul ke ni rantai. Aku ingat member aku ni dah salah jalan kot tapi memang benar. Dah tengok dari jauh pun dah buat semangat aku nak fun di Rantai jatuh,apatah lagi nak masuk. Kalau nak masuk Rantai kena bayar rm2. Aku tak tau apasal dikenakan cash dua ringgit, padahal dulu free je. Nasib baiklah mereka tau yang aku ni editor zine Gelanggang Filem, boleh dapat pass media. Dapatlah gelang kertas dengan baucar makanan. kenapa tak bagi rantai? Barulah kena dengan nama Rantai. apapun aku gunakan baucar tu untuk burger,berbaloi gak sebab sedap dan free.Apapun kembali kepada fest.
Aku tak tau apasal banyak sangat ruang yang membazir,serius sangat tak faham. Adakah penting abjab Rantai tu daripada benda lain. Dan Grafiti,dulu dah ada,apasal tahun ni ada lagi. Takde benda lain ke? Dan aku terdengar yang sewa booth Rantai ni mahal,aku tengok setakat meja je kot. Kesian kalau itu menimpa peniaga pada hari tu. Dan aku buat pusingan dekat situ dan aku dah rasa dah jemu, arggggg kenapa macam mana ni Rantai. Dahlah ada tajaan Digi tapi hhmmmm. Apapun aku berhenti tengok persembahan dar band apa ntah. Cover lagu The Times,terus aku blah. Aku pergi tengok talk plak, aduhai bisinglah bunyi dari stage tu. Tengoklah nilah masalah kalau buat talk dan persembahan band secara serentak. Cuba tengok kembali tahun lepas buat dekat Red Banglalow (dekat KLCC gak), talk dalam bangunan, show band dekat luar. Kan best tu.
Bosan sangat aku blah pergi lepak Kino dekat KLCC. Tengoklah beberapa buku tapi tak beli. layan gak talk dengan beberapa peserta The Apprentice Asian dengan tunggu member aku cari buku. Lepas tu kembali ke Rantai Ahh. member aku balik terus sebab tak sanggup nak duduk dekat rantai tu. Masa aku datang yang buat persembahan ialah Bil Musa. WTF Bil Musa ni. Terus terang membosankan,terus pergi cari makanan. Burger yang aku dapat (guna baucar beb) ni tak taulah nak cakap apa. Sedap tu sedap tapi ada sesuatu tentang rotinya. Ek ni dah macam jalan jalan cari makan plak.
Motivasi aku mampu bertahan dalam event yang hambar ni sebab Couple. Aku dah lupa berapa banyak lagu dorang main tapi aku enjoy jugalah. Tapi masalah sound tu yang kureng sikit. Diorang main lagu baru dan macam ada unsur unsur band indie pop indonesia plak. Yang peliknya aku boleh sing a long plak. Respon penonton juga agak bagus sampai ada yang dah macam kena rasuk. Apapun lepas abis Couple, diorang sudi sign untuk aku. Thank korang. Dan nanti aku akan interview diorang plak.
Lepas band Couple, ada satu band Jazz main. Lupa plak nama apa tapi best sebab diorang cover lagu aksi kucing (white shoe). Tapi masalah hujan dah turun. Aku tak boleh layan sebab sound tenggelam dengan bunyi hujan. Aku mencari tempat berteduh. Tapi apa yang kesiannya booth ada kena air hujan sebab khemah dah bocor. Ni lagi teruk dari tahun lepas. Entahlah apalah yang diorang rasa tu,dahlah bayar mahal,booth kecil,sempit plak tu. Apapun hujan kali ni lagi lebat dari tahun lepas. Sebab takde Hujan Kot. Apapun aku bergegas ke talk with Road To ramlee.
WTH!!! Yang ni lagi terus,talk dalam keributan. Aku tak boleh nak layan talk ni dalam ribut macam ni. Cuba banyak korang dengar ceramah dalam ribut taufan,kira macam tulah. Apapun rambut Bo Amir Iqram still lagi tegak terpacak, apakah rahsianya? Paling sadis talk tak sempat habis sebab ribut semakin teruk sampai khemah naik ke awan (yang ni aku tambah je nak nampak ganah sikit), kesian kepada team Road To Ramlee. Aku tak taulah kalau diorang pun bayar gak nak promo Road to ramlee tu tapi apa yang aku kata tadi tahun lepas gak yang ok. Jangan ingat hari itu tak hujan. C'mon semenjak dua menja ni KL selalu hujan!!! dah abis talk yang tak abis tu,aku berjumpa dengan rewan Ishak sebab beliau dah lama mengidam nak beli zine aku. lepas tu aku blah macam tu je sambil diiringi air hujan. Macam dalam filem plak
Kesimpulannya,rugi je pergi rantai ni. Pihak Rantai kena berfikir dua kali tentang pemilihan lokasi. Jangan jadi macam ni plak. Kenapa perlu jadi seperti ini?????
Dan semalam cuma best bila layan filem Gadoh yang Buku jalanan buat. Thank Buku jalanan P.Perdana
Post a Comment